20100825

::siri bercakap ikot akal bukan pakai pampers::

assalamualaikum and good day everyone.

ini adalah kisah lanjutan daripada kes yang berlaku kelmarin.si pelaku, shin yee chin telah pun mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di wall facebooknya seperti yang diminta oleh kebanyakkan pihak yang terbabit.kisah ini boleh dikatakan sebagai pengajaran kepada seluruh umat manusia supaya tidak menghina atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung mana -mana pihak apatah lagi jika ianya berkaitan dengan agama.sensitif oii..

::bukti permohonan maaf dari syc@lrt::


budaya rasis ini telah pun wujud dari zaman tok nenek kita lagi.tanpa mengira apa jua kaum,keturunan,budaya apatah lagi agama..hurm..jangan cakap dia (syc) sahajalah, sesiapa pun dalam dunia ni mengamalkan sikap rasis serta diskriminasi.cuma antara berani atau tidak untuk memperlihatkan secara terbuka tentang sikap itu.saya akui, saya juga bersikap rasis, terutama kepada mereka-mereka yang merasakan bahawa bangsa mereka sahaja yang bagus tidak kira melayu,cina,india,yahudi,arab etc.ianya sesuatu yang mengjengkelkan apabila kita terlalu berbangga dengan bangsa kita sedangkan kita semua sama sahaja.

dalam kes ini, jika dia mengatakan bahawa azan itu bising, jadi kuil tidak bisingkah??tokong tidak bisingkah??sama sahaja bukan?jika dia menghina agama kita, kita yang melayu tidak menghina agama dia kah??tidak mempersenda Tuhan dia kah??sama sahaja bukan..jadi tidak perlu menuding jari, memaki hamun, kata itu ini sedangkan kita mempunyai perilaku yang sama.cuma antara sedar atau tidak sahaja.

kita kata kita islam (refer kepada pengomen tegar tentang isu ini di page syc),tetapi berapa kerat yang berhujah dan memberi komen secara islamiahnya?kebanyakkan komen adalah lebih berbentuk emosional dan tidak intelektual.bukankan kita diajar berhujah secara diplomasi??lembut tidak semestinya kita lemah..diam tidak bererti kita kalah.mungkin, si pelaku tidak jelas akan hal azan dan masjid.senang cerita tidak jelas akan hal-hal berkaitan dengan agama Islam.wajar kita sebagai manusia menegur dengan cara yang terbaik dan terhormat.nampak sangat perbezaan antara orang yang berilmu dengan orang yang cetek ilmunya.

tapi,adat manusiakan,kalah dengan emosi.bak kata pepatah:ikut hati,mati.ikut rasa,binasa.sebab itulah kita selalu berfikiran sempit.rasis dan diskriminasi adalah sesuatu yang merugikan terhasil daripada otak yang berfikiran negatif terhadap orang lain serta menganggap sendiri adalah lebih bagus daripada yang lain.astaghfirullahal-azim,itukan semua sifat Allah swt?

jujur saya akui,saya tidak pandai agama.tapi saya masih belajar mengenai agama.mohon ampun dan maaf andai tulisan kali ini berbaur kecaman dan sinis tetapi hakikatnya bukanlah niat saya begitu rupa.permohonan maaf yang telah diunjurkan oleh si dia,sebagai manusia dan umat Islam,wajar bagi kita memaafkan dia dan mendoakan kebahagian dia.kes ini harus dijadikan pedoman dan iktibar agar tidak melakukan sesuatu yang diluat batas-batas dan norma-norma kehidupan.wallahualam.

ps:memaafkan orang adalah lebih baik daripada memnita maaf bukan??


No comments: