20100812

::momen indah itu sudah berlalu pergi::

hurmm..sudah lebih dari dua minggu kau biarkan blog ini bersawang.terlalu banyak cerita dan berita yang ingin dikhabarkan tetapi terlalu sedikit idea bagaimana cara ianya mahu dikhabarkan atau ianye sudah pun menjadi cerita basi buat segelintir manusia yang ada di muka bumi ini

dua minggu berturut-turut keluarga aku mempunyai agenda penting.yang pertama, perkahwinan di antara nooi dan zack serta majlis graduasi aku.hujung bulan julai dahulu berlangsungnya majlis perkahwianan yang biasa meriahnya di antara kakak aku dengan pasangannya..aku bertolak pulang dari melaka ke kampung halaman pada pagi hari khamis setelah menjemput didie di pandan indah.kami sampai ke rumah lebih kurang jam 4 petang.sesampai di rumah kelihatan telah banyak makcik-makcik berkumpul di halaman rumah.terasa seakan asing di rumah sendiri.hajat mahu berehat sebentar aka tidur terbantut begitu sahaja.malu sama itu makcik-makcik jika tidak menolong melakukan apa yang patut.eermm..seperti biasa, anak-anak mak memang tidak boleh diharap untuk membantu emak.jika ada sesiapa yang bertanya mengenai sesuatu pasti laungan "mak" akan kedengaram..hurmm..kasihan sama emak.anak-anak terlalu bergantung kepada beliau.ohh..maaf emak..kami tidak biasa dengan kenduri secara besar-besaran seperti ini.apa tidaknya, keluarga kita tidak pernah mengadakan kenduri sebesar ini sejak sekian lama bukan??walau apapun yang berlaku, majlis tetap berlangsung dengan meriah semasa hari kejadian.itu yang paling utama.biarpun terdapat beberapa krisis yang melanda.sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik..tidak kah begitu??di kesempatan ini aku mahu mendoakan akan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat masing-masing.semoga aman damai rumah tangga kalian hendaknya serta dilimpahi oleh rahmat Allah.

pada tanggal 8/8/2010 pula adalah tarikh bersejarah buat aku.setelah tiga tahun bergelar pelajar akhirnya aku berjaya juga membawa pulang ijazah sarjana muda aku.aduh.manis sungguh perasaannya apabila mendapat ijazah biarpun keputusan akhir keseluruhan adalah tidak begitu membanggakan tetapi aku sudah berpuas hati dengan apa yang aku terima.syukur ke hadrat Ilahi kerana peluang dan rezeki yang dilimpahi ke atas aku.cuma sekarang aku harus bekerja kuat untuk mencari kerja yang sepadan dengan kelulusan yang aku terima agar aku dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah emak curahkan kepada aku.tidak mungkin akan dapat aku balas segala jerih perih beliau terhadap aku tetapi aku berharap agar aku dapat sangat membahagiakan hidupnya.terima kasih yang tidak terhingga juga buat pensyarah-pensyarah yang telah mangajar aku selama tiga tahun di UKM ini.juga kawan-kawan yang setia berada di sisi terutamanya suhaimi, syafiq, fadzlee.serta tidak dilupakan azlina, yus irayani, farehul, yusuf, fadzlina, nor azizah, zanariah, stenn, linda, husna, hasna.waktu yang singkat bukan ukuran untuk menjadi kawan yang baik.ya mungkin semasa hayat di ukm ramai yang mengatakan bahawa aku sombong atau apa sahaja kerana tidak berkawan selain daripada suhaimi, syafiq dan fadzlee..hakikatnya adalah aku terlalu segan mahu berbicara atau apa sahaja dengan kalian..terima kasih atas memori yang ada.aku akan sentiasa mendoakan kalian berjaya dia atas apa yang kamu semua lakukan.serta teman-teman dari kelab teater rimba hailey,mimi,azer,maya,nisa', ina, eddy,widda,hazel,celak,kak ana,abg yus, abg pisang, abg rajan, kak ayu, kak didie, kak not,abg wa, pejal,odah, kak shida, syakir, nazrin, nadia, zool,haikal,azirin, zuliati dan lain-lain lagi..yang pasti nya bung kancil..kalian semua adalah teman setia melakar setiap momen indah menjadi bait-bait kenangan dalam kehidupan aku.setiap suka duka dan masa terluang aku penuhi dengan aktiviti bersama kalian.terima kasih sekali lagi untuk semuanya teman.

masa dan ketika akan berlalu dan aku percaya kalian pasti akan melupakan setiap detik yang berlaku sebelumnya kerana memenuhi tuntutan kehidupan kalian.aku cuma berharap hubungan ini tidak akan berhenti sampai di sini seiring  dengan berhentinya kita dari dunia ukm ini.amin.

ps:Y_Y

2 comments:

widda_me said...

sbb tu la kena update kngn dalam blog...supaya tak lupa diRI

ayeen:) said...

ahahahah..kalau selalu update nanti orang menyampah pulak nak baca.asek entry cengeng2 je..:))