20100824

::racist di bulan merdeka::

tadi pagi(baca:spagi semalam) sekitar jam 4, sedang aku asyik berfacebook dan berblogwalking, tiba-tiba aku terbaca satu status di page kawan aku mengenai seorang perempuan ini.jadi, sebagai seorang manusia yang fitrahnya selalu berperasaan ingin tahu(baca:bizi bodi) maka aku dengan pantasnya menaip nama perempuan itu.lalu berjumpalah dengan profil si perempuan itu..

aku lihat statusnya, mempunyai komentar sehingga 360 lebih kurang lah...jadi secara tidak langsung ianya memakan masa untuk membaca sehingga ke komen terakhir pada waktu itu..sambil makan sambil baca komen menyebabkan pembacaan menjadi kurang lancar..selesai membaca aku cubalah mengrefresh kembali page budak tu...mak aii sudah mahu cecah ke angka 700 komen dia..tidak sangka ye..sekejap sahaja perempuan itu sudah menjadi popular..ohh..saya turut mengomen page dia..ohh mungkin kerana beliau kurang kasih sayang menyebabkan si dia menulis kenyataan yang tidak menyenangkan hati langsung itu.

kenyataan si dia berunsur provokasi dan boleh mencetuskan huru hara dan perbalahan kaum di malaysia.tambahan pula, kita sekarang berada di bulan kemerdekaan.adakah si dia tidak sensitif akan hal ini?tidakkah si dia tahu erti menghormati dan bertolak ansur sesuai dengan malaysia yang berbilang kaum apatah lagi budaya dan agama nya??haish..sekalipun tidak menyukai azan dan masjid, janganlah mengunakan laman sosial dan menyatakan secara umum.jaga lah sensitiviti rakyat yang rata-ratanya menganut agama Islam.bukan kah kita digalakkan untuk saling hormat menghormati?si dia juga menyatakan bahawa kerajaan banyak menghabiskan duet rakyat untuk membina masjid.-.-

tadaaaaaa...

::inilah minah yang diperkatakan itu::


akan tetapi, jika dipandang dari sudut yang positifnya, mungkin Allah saja mahu menguji hambaNya.kalau si dia tidak berkata begitu, berapa ramai pula yang sedar akan hal azan-azan ini??berapa ramai yang hormat azan yang sedang dilaungkan??berapa ramai pulak yang solat dimasjid-masjid yang telah didirikan itu?hurm..macam aku sendiri pun kadang-kadang selalu jugak berbuat onar semasa azan dilaungkan..bercakap.bergosip masa dengar azan.dan kadang-kadang saja jawab azan.tssskkk..tsssskkk.

aku sebenarnya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada itu SING YEE CHIN kerana statusnya itu.terasa semacam kena pukul dengan tukul saja di kepala dengan status si dia tu.dan alhamdulillah, kerana si dia aku sedar betapa penting laungan azan kepada aku dan umat Islam khasnya.

ohh..ini ada satu lagi..group..super duper racist..


::they wrote in chinese..but still can translate and yes..im shocked::

update:si pelaku, sing yee chin telah pun memohon maaf di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh nya semalam.(nampak sangat aku lambat..tapi..lantaklah..nak post jugak..nyesal delay entry..tssskkk..tssskkk)



No comments: