20100813

::ramadhan dan kenangan lalu::

ramadhan al-mubarak datang lagi..membawa seribu rahmat kepada umat islam seluruh dunia.dan setiap kali tiba nya ramadhan pasti bermacam-macam perkara akan menjelma di dalam kepala.menu untuk bersahur.menu untuk berbuka.haru biru di dapur.rambang mata di bazaar ramadhan.lagu raya.baju raya.ucapan dari teman-teman.ucapan untuk teman-teman.memang macam-macam hal..

kalau dulu, zaman kanak-kanak.setiap kali ramadhan menjelma memang teruja.bukan apa.kalau emak sibuk di dapur menyediakan kuih muih juadah untuk hari raya nanti, kami adik beradik akan berhempas pulas memikirkan idea untuk mencuri makan kuih muih tersebut.dan setiap kali ianya berlaku pasti rumah akan bergegar akibat suara halilintar milik sang emak.ahaha.dan setiap kali tibanya raya, pasti seluruh ahli keluarga macam ahli boria pulau pinang mahu buat persembahan.seiring degan peningkatan usia, apabila sudah pandai bergaya sedikit, meskipun corak baju masih sama tapi warna sudah berbeda dari yang lain.malam raya pasti abah akan membawa kami pulang ke kampung di temerloh.berjumpa dengan sanak saudara adalah satu kegembiraan yang tidak dapat di jual beli.

bulan puasa juga tidak sah kalau tidak bermain mercun dan bunga api.memang seronok.main di halaman rumah dengan adik beradik dan kawan-kawan sekitar rumah.kalau main wajib main di rumah dan tidak digalakkan berkunjung ke rumah jiran tetangga sebab ianya memang kepantangan bagi emak mahupun abah.tapi...ah siapa yang kisah..sudah namanya budak-budak dan nakal lagi harus tidak mengikut sangat akan kata-kata berupa amaran oleh emak dan abah bukan??ahha.

tapi sejak keluarga kehilangan kakak yang sulung akibat mati lemas, keluarga kami tidak lagi merayakan aidilfitri.emak dan abah seakan berkabung untuk selamanya..kami sekeluarga cuma kembali menyambut aidilfitri selepas ketiadaan abah.abah pulang ke rahmatullah beberapa bulan sebelum aidilfitri.kami menyambut hanya untuk membahagiakan emak.kami cuma tidak mahu dia berasa kosong dan sepi tanpa teman hidup di sisi.hurmmm..

hidup..tanpa turun naik adalah tidak bermakna.hidup tanpa konflik adalah kosong.hidup akan lebih indah jika kita tahu menghargai setiap yang menjadi milik kita.biarpun ianya bersifat sementara.hidup akan menjadi lebih mudah jika kita tidak merumitkan keadaan dan fikiran kita.setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.ohh alhamdulillah..ramadhan kali ini aku masih bisa berpuasa.

ps:abah..saya sudah grad..:))ini hadiah untuk abah dan emak.saya sayang kamu berdua:))

2 comments:

gantang said...

selamat berpuasa ayeen...

ayeen:) said...

selamat berpuasa jugak gantang:)