20101126

::musim hujan juga musim mengawan ohh::

assalamualaikum wbt dan selamat pagi jumaat semua..

kalau zaman anak anak kecil dahulu, seringkali berkejaran ke laman rumah jika kedengaran bunyi sang hujan mencumbui bumi.tidak kira malam ataupun siang.kalau zaman dewasa ini, masing masing lari bertempiaran pabila ditimpa sang hujan gagah perkasa.bukan kah ianya masih sang hujan yang sama kita puja saat kita keanak anakkan??masakan berubah pendirian kita saat kita meniti alam dewasa sehingga melupakan sang dia yang sering kita nantikan dan sering kita rindukan saban waktu?mungkin dunia kita berubah setiap kali sang bumi berputar pada paksinya.

ohh terlalu asing intro kali ini.maaf.ini semua gara gara saya kehujanan tadi malam saat pulang dari kerjaan.aduh..udah tua tua kayak gini sudah ngga betah terkena asyiknya air hujan ke diri.paling kurang mahu sahaja ditunggu saat hujannya reda baru mahu melangkah pulang ke destinasi.aduh.hujan sekarang ngga bisa dipercayai lagi.kerna pada saat ini kandungannya berupa asid semata hasil keghairahan umat manusia meneroka dunia tanpa sadar kita telah menghancurkan kehidupan entiti lain.

ya.sekali lagi saya ke parit.soalnya saya mahu bicara tentang isu akad nikah.ya sekarang kan musim mengawan.jadi seiring dengan musim percutian warga pelajar, maka ramai yang mengambil kesempatan ini unuk mengadakan kenduri perkahwinan.ya.tentu sekali perancangannya memakan masa yang lama bukan hanya sebulan dua.persiapan secara lahirian dan batiniah pasti turut sama mengiringi pasangan pengantin berserta doa dan restu ahli keluaga dan rakan rakan seperjuangan.

tahniah diucapkan kepada bakal bakal pengantin sama ada yang telah, sedang dan bakal mendirikan masjid anda dengan ucapan semoga bahtera kalian selamat menempuh ombak dan badai alam perkahwinan dan seterusnya menuju ke syurga kalian yang tersendiri.saya sentiasa mendoakan kebahagian kalian.amin.

saya juga merasa teruja kerana kawan baik saya iaitu norfadillah abdul karim bakal bergelar isteri kepada errr..zalie..errr..pada esok hari selepas waktu asar.oii pecah ruyung oii.she's the first member among us yang bakal menamatkan zaman bujangnya.hehehe.congrats ayu.

okay.banyak lagi mahu diloretkan di sini tetapi mata ini seakan akan digam dan badan seakan akan telah disita oleh kamar agar terus merebahkan badan yang lelah setelah sejarian bekerja membanting tulang mencari sesuap nasik.jadi jumpa lagi di entri akan datang.selamat tidur semua.

ps:lapaq nasik minyak ohh:))

No comments: