assalamualaikum wbt dan selamat pagi semuanya,
saya berharap agar kita semua sihat sejahtera serta masih di bawah lindungan dan rahmat yang maha Esa.amin.ya,sudah lama kiranya saya tidak menulis wacana aktiviti seharian di sini.hampir setiap hari saya punya rencana yang menarik untuk dikongsikan tetapi masa yang kesuntukkan tidak mengizinkan saya untuk berkongsi bersama sama teman teman sekalian.di kesempatan yang ada ini, saya ingin sekali mencoretkan sesuatu yang selama ini hanya saya pendamkan jauh di sudut hati kecil.
saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.setiap kewujudan kita dan keberadaan kita di muka bumi ini telah ditetapkan oleh Allah swt.jadi mengapa kita seringkali menimbulkan prasangka dan mempersoalkan akan setiap perkara sehingga kadang kadang kita terlupa untuk kembali ke titik asal dari mana kita bermula.
siapa kita untuk terus mempersoalkan segala ketentuanNya??bukan kah kita di suruh untuk terus berdoa agar apa yang kita hajati termakbul itu pun dengan izinNya.jadi mengapa membazir masa menghitung segala yang telah dan bakal berlaku sebelum waktunya?memerah keringat otak dan memaksa entiti lain agar turut serta berasakan akan ketidak tentuan yang wujud dalam diri kita?
saya terkadang berasa sedikit rimas dan hairan kenapa segelintir golongan hanya berupaya memikirkan soal diri sendiri dan jarang sekali mengambil inisiatif untuk meletakkan diri mereka di dalam kasut orang lain untuk turut merasakan akan kehadiran perasaan entiti berlawanan.dan saya masih egois untuk memikirkan akan soal remeh temeh yang pada saya hanya membuang masa dan tenaga saya jika saya terus terusan membanting minda, bekerja keras untuk memahami setiap tindakan yang diambil.
saya juga mengambil kesempatan ini untuk MEMINTA MAAF dari anda semua, teman teman saya kerana saya sadar secara sengaja mahupun tidak saya telah banyak menyakitkan dan mengecilkan hati anda semua. kerana saya juga manusia biasa..
ps:selamat sejahtera ke atas kita semua..^_^v
No comments:
Post a Comment