20100508

::berstrongkol bersama skandal::

ahad yang lalu..berdatingan bersama teman sepelajaran semasa di melaka.rumaizah borhanuddin atau lebih dikenali sebagai mai.beliau dengan baik hatinya telah membelanjai daku makan malam di laksa seks shack demi memenuhi citarasa daku yang sangat gilakan laksa..bukan gilakan seks..

sebelum itu, kami membazirkan masa di sekitar melaka mall, jaya jusco tempat kegemaran kedua selepas mahkota parade.di jusco mai membelikan daku 4bungkus kaya ball yang sangat enak di makan di waktu panas.gila kau belanja aku 4 bungkus.sebungkus pun aku dah kenyang mampos tau mai??

selepas itu, kami ke mydin mitc.nampak iklan kerja kosong.maka dengan baik hatinya si mai telah membelikan aku tiga helai selendang semata-mata untuk bertanyakan perihal kerja kosong tersebut.baik sungguh hati kau ye mai semenjak sudah bekerja ini.ehehe..i lap u lah sayang:))

sebenarnya, aku cuma mahu menghabiskan masa bersama kau.ya,sudah agak lama kita berdua tidak ketemu bukan?4 tahun bukan tempoh yang singkat.even though kita hanya bersama selama 2tahun sahaja.terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada kau kerana masih tidak melupakan aku walaupun kau sangat sibuk.

aku juga ingin meminta maaf selama 2 tahun bersama sudah banyak perkara yang aku lakukan yang aku tahu banyak melukakan dan mengecilkan hati kau..sering sahaja aku mempersendakan kau..menganjingkan kau dan sebagainya.maaf.aku banyak berkelakuan tidak bagus kepada kau.teerima kasih kerana masih menganggap aku sebagai teman kau..


::itulah mai.gadis bertudung merah.wiwit::

ps:kenangan 2 tahun itu adalah yang paling manis buat kita semua:) 

4 comments:

amar haziq said...

beruntung dapat kawan baik..
sy masih lg mencari2..

jangan lupa lawat blog sy k
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

pago" said...

memori terindah ker?

saljuhumairah said...

kenangan lepas adalah bayang2 semalam..

ayeen:) said...

amar haziq:yerp..untungnya saya kenal dgn org seperti dia:)

pago:ehehe..antara yang terindah dalam diri saya:)

lukisan pena:yerp.saya setuju dengan anda.*hadiahkan satu senyuman*