20110126

::life's little fears::

assalamualaikum wbt


too shy to be myself
for i have the fear of being noticed
too sensitive to break someone's heart
for i have the fear of anger


too proud to say i'm sorry
for i have the fear of giving in
too curious just to lay back and watch
for i have the fear of missing out


too weak to show my strengths
for i have the fear of envy
too embarrassed to say what i feel
for i have the fear of mockery


too scared to do the wrong thing
for i have the fear of punishment
too dreamy to think about real life
for i have the fear of reality


too emotional to be in love
for i have the fear of rejection
too cowardly to be brave
for i have the fear of pain...

20110125

::hidup yang huru hara::

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.

wah.sudah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini.ah.rindunya mahu menulis.rindu mahu mengarot mencarot di sini.kebelakangan ini, kehidupan saya agak kelam kabut.haru biru.huru hara.oh.senang cerita semua lah.masalah yang datang bertimpa timpa.hahaha.kasihan saya dengan diri sendiri.sampaikan ada kawan saya yang tidak senang hati melihat keadaan diri saya semasa saya berjumpa dirinya.seperti yang dia katakan, saya kelihatan agak "sesat" di dalam masalah saya sendiri.pucat.serabai.ya,saya akui memang keadaan diri saya sedikit teruk pada ketika itu.kecewa.penat.marah.sedih.semua perasaan itu ada dalam diri saya sewaktu berjumpa beliau.hahaha.terima kasih di atas nasihat dan telinga yang dipinjam.

oh.sudah tidak tahu mahu tulis apa.kelihatan seperti cerita yang tidak berapa penting jikalau ditulis sekalipun di sini.apa yang penting, saya harus terus kuat dalam hal sebegini.ye.kuat.kuat.kuat.ahahaha.macam bodoh je ayat tu kan?hahaha.TT________TT

oh.oh.saya masih ada satu cerita.tetapi apa yang penting ianya bukan tentang saya.cerita yaang saya dengar buatkan saya rasa marah dan kecewa sebenarnya.sebenarnya sikap pilih kasih dalam sesuatu hubungan sudah lama wujud di kalangan kita.cuma antara kita sedar atau tidak akan keadaan yang terjadi di sekeliling kita.memang saya mahu mengata pasal si polan ini yang seakan akan besar kepala.lebih lebih pulak aku tengok.sudahlah berlagak tidak tentu hala.rasa macam mahu sepak kepala dia laju laju.geram sangat.oh.tengok sahaja muka dia, sudah bikin saya loya.serta kawan dia yang lagi seorang yang juga bajet bagus.ye saya tahu dia memang bagus.meluat sangat.*muntah darah*

huh.muda lagi tetapi kurang ajar.ingat dia siapa mahu orang sembah ratu pada dia.oh tolonglah.

ps:gila babi.

20110102

assalamualaikum wt dan selamat pagi semua..hari ini dua haribulan satu tahun dua ribu sebelas.rasanya masih belum terlambat bukan mahu mengucapkan selamat tahun baru dua ribu sebelas buat semua warga manusia samaada yang masih hidup mahupun yang telah pergi.hahaha..yoshhh..tahun baru,mesti ada azam baru bukan??okay.saya juga tidak ketinggalan mahu sesuatu.akan tetapi azam saya setiap tahun adalah sama.tidak berubah tetapi bertambah.wawawa..senarainya agak panjang dan semakin panjang seperti lebuhraya sahaja cuma saya tidak tahu kapan bila akan disempurnakan.harapan saya,semoga tahun ini akan lebih bagus dari tahun tahun yang sebelumnya.dan bertambah bagus setiap hari.mahu yang terbaik untuk taun ini.better paycheck perhaps.:!)

20101220

::i hate customer::

assalamualaikum wbt and have a good day,

ita been a long time since my last post to this lovely blog of mine.huh.really have a hectic month since the promo of back to school begin.and for the parents who love to buy shoes last minute, this time would be perfect time for them to buy shoes for their kiddo.ouch..sometimes customer get really cerewet.mahu beli yang murah murah tapi mahu standard kualiti sama taraf dengan brand LV..boleh??really annoyed and tired to entertain this kind of customer.they suppose to ukur baju di badan sendiri lah.even BATA is not malaysian brand.so why so berlagak??pigidah...

penat tahu mahu layan kerenah pelanggan yang super duper macam macam.sampai kadang kadang penat dia,rasa macam mahu ambil sahaja kasut dan hempuk kepala pelanggan yang tidak faham bahasa melayu.nanti aku cakap bahasa uganda nanti, baru kau terkial kial semak kamus dewan bahasa dan pustaka.hoish..sumpah sakit hati.

lagi satu, sudah pilih kasut dan tanya.."eyh..kasut ni tahan ke??" kalau kau tibai kasut sampai lebam, kesawah ke kebun, ke ladang,hatta ke padang bola sekalipun memangla jahanam kasut tu.lagi pula, kau expect kasut tu tahan sampai 18 tahun.ish.apa ke bangang sangat kau ni.harga mahu yang murah murah..kualiti nak yang mahal sahaja.duit kedekut bapak mahu keluar.ish..geram betul.

nanti kalau aku perli perli kau cakap aku kurang ajar.dah kau tu bodoh sangat terpaksa la aku ajar kau sikit.lagi satu perangai pelanggan yang aku kurang..err memang tak gemar lah.suka tanya kenapa macam ni..kenapa macam tu..oi..ingat aku kerja kedai kasut ni aku tahu semua benda tentang kasut ke? I AM NOT A SHOE MAKER..IM JUST THE SELLER.adoyai..susah jugak kan jadik manusia ni..belajar pandai pandai tapi bodoh mengalahkan hiway.yeah..

okay.bye for now.im starving ringt now.and sleepy.kinda..eheh.so enough for toningt.budak gemok wanna put some weight on her body.see ya.zzzzzzzzzzzzzzz~

ps:damn selalu sangat supper lately..ahhaha:))

20101126

::musim hujan juga musim mengawan ohh::

assalamualaikum wbt dan selamat pagi jumaat semua..

kalau zaman anak anak kecil dahulu, seringkali berkejaran ke laman rumah jika kedengaran bunyi sang hujan mencumbui bumi.tidak kira malam ataupun siang.kalau zaman dewasa ini, masing masing lari bertempiaran pabila ditimpa sang hujan gagah perkasa.bukan kah ianya masih sang hujan yang sama kita puja saat kita keanak anakkan??masakan berubah pendirian kita saat kita meniti alam dewasa sehingga melupakan sang dia yang sering kita nantikan dan sering kita rindukan saban waktu?mungkin dunia kita berubah setiap kali sang bumi berputar pada paksinya.

ohh terlalu asing intro kali ini.maaf.ini semua gara gara saya kehujanan tadi malam saat pulang dari kerjaan.aduh..udah tua tua kayak gini sudah ngga betah terkena asyiknya air hujan ke diri.paling kurang mahu sahaja ditunggu saat hujannya reda baru mahu melangkah pulang ke destinasi.aduh.hujan sekarang ngga bisa dipercayai lagi.kerna pada saat ini kandungannya berupa asid semata hasil keghairahan umat manusia meneroka dunia tanpa sadar kita telah menghancurkan kehidupan entiti lain.

ya.sekali lagi saya ke parit.soalnya saya mahu bicara tentang isu akad nikah.ya sekarang kan musim mengawan.jadi seiring dengan musim percutian warga pelajar, maka ramai yang mengambil kesempatan ini unuk mengadakan kenduri perkahwinan.ya.tentu sekali perancangannya memakan masa yang lama bukan hanya sebulan dua.persiapan secara lahirian dan batiniah pasti turut sama mengiringi pasangan pengantin berserta doa dan restu ahli keluaga dan rakan rakan seperjuangan.

tahniah diucapkan kepada bakal bakal pengantin sama ada yang telah, sedang dan bakal mendirikan masjid anda dengan ucapan semoga bahtera kalian selamat menempuh ombak dan badai alam perkahwinan dan seterusnya menuju ke syurga kalian yang tersendiri.saya sentiasa mendoakan kebahagian kalian.amin.

saya juga merasa teruja kerana kawan baik saya iaitu norfadillah abdul karim bakal bergelar isteri kepada errr..zalie..errr..pada esok hari selepas waktu asar.oii pecah ruyung oii.she's the first member among us yang bakal menamatkan zaman bujangnya.hehehe.congrats ayu.

okay.banyak lagi mahu diloretkan di sini tetapi mata ini seakan akan digam dan badan seakan akan telah disita oleh kamar agar terus merebahkan badan yang lelah setelah sejarian bekerja membanting tulang mencari sesuap nasik.jadi jumpa lagi di entri akan datang.selamat tidur semua.

ps:lapaq nasik minyak ohh:))