20100625

::masih belum terlambat kan nak wish selamat hari bapa??::

heh.father's day baru je lepas.haritu.tapi aku tak sempat pun nak cerita pape pasal abah.luckily ada tulisan dalam angah belog yang cerita pasal abah.boleh la share sama.

rasanya, seumur hidup hanya sempat cakap kat mak je selamat hari ibu.kat abah tak pernah pun.yelah abah bukan mak.buat apa nak wish selamat hari ibu.tebiat nak mampos ape wish segitu kan??hurm..aku malu mahu cakap kat abah selamat-selamat hari bapa ke ape ke.malu sanagat.sebab abah lagi pemalu dari aku.dia mana suka sangat bende-bende segini.birthday ke ape ke.mana penah sambut.membazir katanya.

sekarang rasa macam menyesal pulak.dulu tak pernah pun cakap "abah.noni sayang abah" depan-depan dia.sebab selalu bajet dia macam tahu je isi hati seorang anak.dulu ego je nak cakap macam tu..sekarang bila dah tade peluang nak cakap baru rasa nak cakap macam tu..kalau boleh hari-hari mahu cakap bende yang sama depan-depan..tapi macam dah terlambat kan?tapi takpelah.hari-hari aku sebut dalam doa yang aku sayang dia.sayang sangat-sangat.harap-harap dia dengarlah.

sekarang.bila dia sudah takde depan mata.baru rasa macam rindu nak mati dekat dia.rasa macam mahu dengar segala nasihat dia.rasa macam nak patuh arahan dia.rasa macam tanak lawan.masam-masam muka.merajuk-merajuk dengan dia.tapi dia sudah tiada.mahu macam mana pun aku tetap tidak boleh ulang semua lagi dah.

sekarang.aku cuma ada emak.walau kadang-kadang aku emo jugak dengan dia.sebab perangai dia degil.sama je macam kami anak-anak dia.memang anak-anak mak belaka kami ini.padanlah abah dengan mak selalu kalah kalau berperang mulut.sebab mak mulut laser.hahaha.bakat terpendam beliau memang menurun kat semua anak-anak beliau.yes.kalau lawan mulut ngan anak-anak, mak mesti kalah punye.anak-anak lagi laser dari mak.ya ampun.dan mak ada seorang cucu yang jugak boleh tahan laser dia.memang tade ampun punye mulut itu budak.teman gaduh mulut yang terbaik.heh.

kalau abah still ada pada waktu ini, mesti si gedik melewar itu akan lebih manja terlebih-lebih.dan mesti mak akan sakit hati bila bab gaduh semua anak-anak akan sokong sebelah abah.oh.rindu sangat-sangat pada waktu lalu.pada waktu beliau masih bersama kami.pada gurauan.pada teguran.pada kritikan.beliau.rindu sangat-sangat.

abah, anda adalah hero kita sekeluarga.terima kasih atas jagaan abah selama hayat abah.noni sayang sangat-sangat kat abah.:))


ps:terima kasih daun keladi, atas kasih sayang yang telah abah beri,semoga tenang abah di sana mengadap Ilahi,saya sayang abah sampai saya mati.bye-bye daddy:))

No comments: