20100116

::anak tiri kesayangan::



haih.semakin usia meningkat semakin tenang perasaan sekarang.semoga perasaan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.oh.aku rindu sangat kat anak tiri aku.kelmarin punyai peluang untuk berjumpa dengan beliau.oh dia sudah semakin besar dan berat badannya juga meningkat..mulut dia juga makin menjadi-jadi.ntah ikut perangai siapalah yang suka membebel tak tentu hala..ada saja bende nak dibebelkan.lagi sekarang sudah pandai melawan kata-kata aku..melampau tau..


haih.sumpah rindu masa dia mengigau malam-malam bila dia lupa nak baca doa time nak tidur..pastu mula mintak bende yang mengarut-ngarut seperti berus gigi untuk dia pegang masa tengah tidur.oh.suwit sangat.rindu sangat nak sakat dia pastu biar dia nages jerit-jerit sampai mak marah sebab rumah jadi bingit.rindu mahu main sembunyik-sembunyik dalam almari pastu sampai sudah dia tak jumpa lantas ajak mak teman dia carik aku sampai dapat.bila dah jumpa mulalah wat muka teruja and then mesti tanya"eyh.eyh..pegi mana tadi??" sangat comel lah dia.


rindu sangat mahu main one two jus and tipu dia cakap dia asek kalah sambil ejek-ejek dia pastu dia hangen mulalah buat serangan balas dengan mengigit tangan atau apa saja yang sempat dia capai..rindu mahu rebut bilik air time nak mandi pastu end up dengan mandi sama-sama sambil dengki-mendengki antara satu sama lain..then mak mesti bising sebab mandi pun still mahu jerit-jerit cam orang kene histeria padahal mandi je pon.


rindu sangat-sangat mahu ajar dia main basikal kat halaman rumah.main polis trafik.main petrol pump.main kedai-kedai.main tol-tol.ah.rindu sama anak tiri kesayangan itu..rindu sangat kat dia dan perangai busybody dia yang suka sibuk kat orang time orang tengah masak ke.basuh baju ke.jemur kain ke.sapu rumah ke.and mulut comel tu mesti cakap"aymaan pon nak tolong jugak"


dan sekarang dia sudah masuk tadika..jadik kesayangan cikgu-cikgu kat sana sebab jarang buat perangai.dia ada dua orang kawan yang dia panggil budak hitam.dan dia sekarang pon sudah hitam.T_T kelmarin pulang ke rumah dia pesan"ateh jangan balik bangi ye??ateh sekolah kat sini je.ateh pegi sekolah depan ni,aymaan pegi sekolah yang dekat koperasi tu..tau"


ish.aku sayang dia sangat-sangat.each time aku fikir pasal dia mesti aku nages.aku cuma harap dia dapat membesar dengan sempurna.dan boleh buat keputusan yang terbaik untuk dia dan keluarga dia bila dia dah besar nanti..dan kalau dia perlukan aku,aku akan sentiasa ada di sisi dia sebab aku sayang sangat kat dia.aku akan selalu jaga dia.macam aku jaga dia masa dia still baby.








7 comments:

widda_me said...

kita sama2 rindu anak buah kita kan?

ayeen:) said...

ye.sangat rindu.tambah2 pulak bila sebulan asek berkepit berkepam sama-sama.ah rindu sial~

prots said...

da macam pengasuh da aku tengok.. hahahahaha...

amahhhhh....

kakakakakaka

ayeen:) said...

siot.aku ni mak tiri beliau..jadi sila takot~

widda_me said...

wida tak sebula...sekejap2 jer jumpa..plg lama seminggu..tapi rindu gak gedik and gegeh tu..

actually si prots tu jeles..dia takde anak buah...
weh pondan!!!
ko tgu adik ko kahwin dulu la bru ada anak buah...

prots said...

wa... takut nyer....

siyes takut ngok ko... takut nyer...

bergegar lutut eden nie

ayeen:) said...

ahahhah..yeah mok jeles xd anak buah.