20091101

::ily emak::


::emak bersama aymaan::


khas untuk emak saya yang kini berada di kampung halaman.semoga sihat-sihat saja hendaknya.:)


saya anak yang kelima dari tujuh orang adik beradik yang sebetulnya.tapi pembuka dan penutup iaitu kakak dan adik perempuan kesayangan telah pun pergi dijemput Penciptanya.saya tidak kenal rapat sama along sebab saya berumur 7 tahun ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir manakala adik izzati tidak sempat pun menghirup udara dunia.:)


saya diberi nama oleh ibu bapa sebagai Noraini.saya sebetulnya tidak mengerti kenapa nama tersebut yang dipilih.tapi menurut emak, pemilik nama tersebut adalah seseorang yang amat diminaati oleh abah suatu ketika dahulu.owh.pernah juga bertanya, apakah emak tidak cemburu dengan pengakuan itu malahan sanggup menamkan aku dengan nama pemudi itu??emak hanya menjawab; "ah.abah kamu tu pemalu.mak saja letak nama ni supaya hati dia senang" aku terkesima sajalah.eheh.begitu tinggi pengorbanan emak terhadap abah.kalau aku agaknya.tataulah.mesti periuk belanga sudah terbang sana sini.ahah:)


sedari kecil aku adalah seorang yang tak berapa nak lasak juga tak berapa nak lembut.kira cam sedang-sedanglah.emak adalah suatu entiti yang sangat garang bila berkaitan dengan kebersihan diri dan rumah. manakala abah adalah suatu entiti yang akan berubah menjadi garang bila kami tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan sebelumnya.tapi kebanyakkan masa abah bertindak tanpa amaran.tahu-tahu saja kau dah makan penampar beliau sampai kau nampak bintang-bintang atas kepala dan mulai tersedu-sedu sendirian sambil adik-beradik menunjukkan signal ibu jari ke atas dan berkata "besta.besta" kat kau.:)


aku dan adik beradik sangat rapat.kami selalu bermain,bergaduh,kena marah secara beramai-ramai.owh. emak dan abah mempunyai polisi yang tersendiri mengenai kawan-kawan.kami tidak dibenarkan berkawan dengan rakan sebaya yang ada di sekeliling rumah.tidak dibenarkan berkawan selepas waktu sekolah.tidak membenarkan kawan hatta kawan baik mahupun kawan tidak baik meniru hasil kerja rumah.dan.bla.bla.bla yang aku sendiri pon sudah tidak ingat lagi.:)


owh.iya.emak dan abah selalu bilang sama aku kalau mereka memarahi aku dengan berkata aku ini sombong sebab tamau dengar cakap mereka dan cakap orang lain.selalu ingat diri sendiri saja yang betul dan paling betul.:) pastu bermata jahat.yakni suka sangat menjeling-bajet-mata-cam-chantek-la-bila-menjeling-orang.eheh.abah la paling suka cakap mata aku jahat.sebab tiap kali kena marah mesti aku cam nak jeling-jeling beliau.oke,sebetulnya aku tak berapa nak paham perkataan jeling tu.yelah kecik lagi.mana nak tau kan..bila abah cakap aku suka jeling beliau,aku akan reply dalam hati jelah."mana ada orang jeling.memandai je abah ni.bila ntah orang jeling dia..prot.pret.prot.pret"ye.aku tahu aku sangat kurang ajar dulu ngan parents.ish.suka melenting oke.suka tanak ngaku kalah.suka sangat mengamuk dulu.dulu la.skang da kurang.:)


tu antara sifat-sifat buruk aku lah kan.sebagai anak.aku dengan ibu bapa sangat rapat.apa saja cerita aku akan sampaikan kepada mereka.termasuklah isu kawan-kawan especially bf.sume kawan-kawan aku akan introducekan kat mak bapak aku.termasuklah siapa musuh aku.siapa yang aku tak suka.siapa saja.herm supaya mereka tahu apa yang aku buat dan dengan siapa aku bergaul.mak selalu pesan kat aku.biala aku nak buat apa pun tapi jangan sampai memalukan keluarga dan menjatuhkan maruah keluarga.cukuplah.:)


sebab tulah, setiap apa yang aku buat,aku tanggung sendiri.aku tanak siapa pun yang sentuh hal mak bapak aku kalau aku buat salah.pucuk pangkalnya aku dah besar.aku yang patut tahu yang mana satu baik dan buruk untuk diri dan keluarga aku.dan aku takan izinkan walau siapa pun yang mengata dan memburukkan mak bapak aku sengaja atau tidak.itu prinsip aku.even keluarga aku miskin hina sekalipun jangan harap kau boleh sesuka hati nak hina mak bapak aku.:)


sebab mereka lah aku ada kat dunia ini.sebab merekalah aku membesar dan jadik orang cam sekarang ni.sebab merekalah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan aku.sebab itulah dalam exam kalau aku ta bole jawab aku mesti ingat mak.:)


walaupun aku selalu buat emak sakit hati dengan perangai aku.walaupun dulu aku pernah hdfrygfdbv fhregfhfdsgahcvbshxcsb dengan mak dan abah.tapi aku tetap sayang,cinta dan kasih kepada keduanya. walaupun aku bukanlah jenis anak yang selalu mendengar kata sangat.aku jenis anak yang degil.keras kepala.tak suka tolong mak.panas baran.kuat merajok.suka hempas barang.tapi aku tetap manja dengan mak.:)


ps:saya sayang mak.doakan saya jadik anak yang tidak lupakan emak bila dah berjaya.doakan saya agar Tuhan tetapkan hati saya agar terus stick dengan janji saya pada mak.doakan kebahagian saya dengan mak.







6 comments:

widda_me said...

waaaaa...tba2 tersntuh....blog lama private?????ok2
nk ckp blog lama dh boleh detect blik...entry bru akk dh leh detect

ayeen:) said...

ehhe.ak nak delete blog lama tu.sbb tu private.ni sume ak import dri blog asal.ahahhaaha.:)

widda_me said...

SYABAS ATAS KEJAYAAN BRU BLOG ANDA...AKAN SY PROMOTE DI BLOG SY NNT

(mcm la blog wida hebat..huhuuu)

ayeen:) said...

ahahha,thx la.pomot lebeyh2 sikit a..

♥ Xett Hereen ♥ said...

ahaks!
cite kamu lebey kurang mcm sayep,
xbanyak xseket,,
agagag!
ah mls nak taep lg..
lalalalaa

ayeen:) said...

ahahah.kebetulan saja.btw sume anak akan lalui peringkat yg sama kan??