20091112

::bajet::

kita selalu mintak sesuatu yang bukan milik kita.kita selalu ingat yang kita dah cukup perfect untuk orang lain.dan kita selalu ingat yang orang lain juga kena match dengan kesempurnaan kita itu.kalau orang tu pernah wat salah cam jadik mat rempit ke..ketagihan alkohol ke..ketagihan dadah ke..ketagihan web porno ke..bla..bla..bla..mesti kita nak pandang golongan-golongan cani dengan pandangan yang jelik..pandang hina..kenapa ye??kita mesti ingat golongan-golongan cani akan jadik sampah..yelah.mana ada sampah tuka jadik emas kan??except for paper lama..tin kosong..kumpul-kumpul dapat gak duet.heh.


tapi pernah tak kita fikir yang mereka ini juga manusia biasa??manusia kan xboleh nak lari dari wat masalah.biarpun dia tahu bende atau tindakan yang dia ambil tu layak digelar BODOH.tapi xsalahkan kalau kita sebagai masyarakat bagi mereka peluang kedua.peluang untuk berubah.kita yang kena support mereka untuk berubah.bukan menuding jari.mengeji dan menghina.


kita selalu nampak jahat orang kat kita.buruk orang gak yang kita nampak.tapi pernah tak kita lihat sisi baik dia pulak??orang yang buat jahat terang-terangan lagi bagus dari orang yang wat jahat belakang-belakang.muka je nampak baik.cam malaikat tapi perangai busuk dia kita tahu x??xtahu kan??orang selalu cakap jangan nilai orang berdasarkan luaran.kita tak tahu hati budi dia macamane.jangan selalu anggap diri kita hebat.kita bukan malaikat.jugak bukan Tuhan nak jatuhkan hukum kat seseorang.kita makhluk Dia yang lemah.yang hina.


ps:jangan terbang tinggi sangat..nanti jatuh sakit..

20091111

::anda bagaimana??::

owh.saya banyak kegemaran.banyak benda yang saya suka lakukan.seperti makan.tidur sambil mendengar lagu.menonton cerita kegemaran di televisyen.berangan.menonton wayang bersama yang tersayang.melayan kerenah aymaan jika di rumah.melayari internet.membeli-belah.melepak di mamak bersama teman-teman KTR.keluar dengan kawan-kawan.dan lain-lain lagi yang sama waktu dengannya.tapi kali ini, saya bukan mahu bercerita tentang hobi saya.tetapi mengenai makanan kegemaran saya iaitu  tomyam.kenapa tomyam??


owh.saya jatuh cinta dengan makanan ini selepas diperkenalkan oleh teman-teman semasa menuntut di sekolah rendah dalam darjah enam di ipoh.masa itu, saya baru bertukar sekolah.kami sering pulang bersama-sama dengan menaiki basikal. teman-teman saya iaitu siti hajar dan noorabdilla fida (budak ini macam saya pernah nampak berlegar-legar di kawasan ukm.penuntut fpi barangkali dia). mereka ini lah manusia yang bertanggung jawab memperkenalkan saya dengan si tomyam.lantas saya jatuh cinta rasa pertama dengan si  tomyam.ala.setakat bihun tomyam 30sen..apa sangat lah rasa tomyam yang adakan??


tahun demi tahun berlalu,kegemaran itu tidak pernah berubah.malah semakin menjadi-jadi.sehinggakan ianya menjadi menu harian.malahan mingguan juga.ya,saya tidak pernah menolak apa jua yang bernama tomyam.tidak kiralah ianya sedap atau tidak.thailand atau tidak.merah atau tidak.semuanya saya terima.perasaan menikmatinya melebihi nikmatnya mendapat mainan yang ada dalam kotak makanan ringan JoJo yang iklannya dilakonkan oleh Mat Sentul.siriusly.sangat addicted kepada tomyam.kegemaran yang tidak boleh dikompromi.dan tidak boleh dijual beli.


jikalau sudah berkahwin dan mempunyai sang anak,akan ku tarukkan nama sang anak dengan nama tom atau yam.yeah.sangat cocok dan kiut namanya.betapa cinta.dan.kasihnya aku kepada si tomyam.alahai kesayanganku.owh. cuti ini akan kupenuhi hasrat dan hajat ku yang telah lama dipendam setelah sekian lama seperti bil air yang tertunggak dan harus dijelaskan sebelum syabas memotongnya.masa ini sajalah dapat aku lepaskan rindu demdam kepadanya setelah sekian lama tidak membelainya didalam kuali kegemaran dan dapur kesayangan.


anda??bagaimana??pernahkah anda jatuh cinta dengan makanan yang anda tidak boleh hidup tanpanya?owh please jangan cakap yang makanan kegemaran anda adalah masakan ibu anda seperti yang tertera di dalam buku berkulit tebal bercorak bintik bintik yang mempunyai warna yang pelbagai yang direka bentuk khas menjadi sebuah buku bertajuk "BIODATA SAYA" dan diedarkan kepada rakan sedarjah padahal tiap tiap tahun anda akan duduk mengadap muka yang sama di dalam kelas anda sampai anda grad dari sekolah rendah.


ps:perut sedang menyanyikan lagu menuju puncak kelaparan.adeh~ 

20091109

::holiday wishes::



im going to hometown tomorrow  for a semester break.so folks, this blog will be not updated til im back.enjoy my precious time with my family and family and family.wish all of you a happy holiday too:)


ps:wanna pack my belonging.see ya next semester.

::you.me.we.us::




i walking down the street..
try to find myself..
im lost in time..
try hard to understand..
the meaning of this life..
i look at my side..
there is nobody there..
i felt so lonely..
only the sadness that i see..
only the pain that i feel..
im look at my past..
try to search what i lost..
what i left behind..
only one thing that i see..
only one that i remember..
only one words..
which called "memories"


so much things happened to me..
some are sad..
some are bad..
yet i felt like getting mad..
but hey..
im still glad..


::kraftmec-06::


-lupa da bile tulis menatang neyh.saat ni sangat merindui kawan-kawan lama:)

20091103

::sori i termengadu::


::sirah junjungan tahajud cinta::
-produksi erma fatima-


                                           pic 1                                                 pic 2

pic 1::simulasi teater ko-k,ukm:: -produsi Demmit-                     
pic 2 ::latihan teater Demmit:: -bilik kelab KTR-
                                    

belek-belek gambar.selak-selak memori lama.ingat-ingat cerita dulu.gelak-gelak sorang-sorang. hah.ada hati nak cakap aku gila.kan?kan?


ehem.sebetulnya sangat merindui kehidupan semasa di tahun satu.sedari mula sudah tanamkan azam mahu sertai teater.ah.tidak kira.nak jugak.punyala semangat.sanggup tak nak ikut kawan lain amek ko-k lain.ceh.tulis cam banyak no kawan aku kat dalam ukm neyh.padahal adala bape kerat je.ehe.


tapi ta kesahla kan.janji hajat mahu sertai teater tercapai.yeah.dan aku terus kekal dalam dunia teater even banyak yang cakap aku masuk air sebab join teater.ish.bia la teman nak wat pe pon. sebok je la deme neyh.awak tawula apa yang awak buat.ahaha.percubaan bertutur dalam bahasa alien kuasa dua dari perak.aha.


paling best masa latihan simulasi.bia pun penat.bia pun tido lambat.bia pun kena maki hamun.bia pun kena ugutan macam-macam dari senior.bia pun dugaan macam-macam datang.bia pun kawan-kawan sekelas ada yang perangai macam gampang.bia pun sume nye tak sekepala.bia pun banyak yang keras kepala.bia pun banyak mulut dari tindakan.bia pun sume nak tunjuk terer.bia pun sume nak tunjuk lagak.bia.bia.bia.sume pun bia.tapi itulah yang jadikkan ko-k itu terbaik.rasa sayang sangat pada itu kelas ko-k.


bia pun bung sentiasa tiada semasa latihan.bia pun time tu abg yus ngan abg pisang yang banyak membantu.bia pun mereka sangat garang.heh.tapi ta penah rasa cukup ilmu di dada sampai mahu mempersenda guru sendiri.ilmu yang diajar kalau tidak diberkati kau yang rugi sampai mati.


jangan ingat kau sudah punya kuasa mahu memberitahu satu dunia guru kau salah dan kau betul.kau punya otak kah?kau selalu datang kelas kah sampai kau mahu kata guru kau tidak mengajar??kau punya mata kah??kau melihat apa pernahkah dia berpoya-poya menghabiskan masa dengan sia-sia di depan kau lantas mengabaikan kau.kau.dan kau sampai kau mengata dia sebegitu rupa?pernah kau dekati dia?pernah kau bertanya itu ini dengan dia?pernah kau berhujah berdebat meminta pendapat tentang ilmu yang dia miliki?jangan hanya dengar.lihat dengan membuta tuli.kelak kau akan dibenci dan menyesal nanti.dengar dan lihat dengan mata hati.kelak hidup kau akan diberkati dan disanjungi.


sebetulnya.jangan mahu menggunakan tali tangsi saja kalau mahu mengukur lautan yang dalam.cakap pakai otak bukan katak.


ps:sayang je.muka cam katak kene lenyek ngan taya lori.tapi perangai lagila.cam katak kene lenyek ngan lori sampai lunyai pastu bawu busuk je yang tinggal.

20091102

::solila::




di suatu malam yang sunyi.pakmat jual topi.topinya koyak.pakmat jual tempoyak.tempoyaknya basi.pakmat jual nasi.nasinya enak.pakmat jual anak.anaknya hilang.pakmat jual gelang.gelangnya patah.patah jual getah.getahnya putus.pakmat terus mampus....






eyh..salah.salah.bukan nak cerita pasal lagu kegemaran pakmat yang akan jual anak bila nasi dia enak.ntah ape kaitan ntah.nak cerita.pasal dapat call baru tadi.hangat lagi.tapi tatau la kalau ianya adalah sejenis panggilan hangit.kisah bermula bilamana aku asek berbalas komen mengutuk si johan bersama seorang pemudi yang baru dikenali di laman sesawang mukabuku.alkisahnya:-


"semalam i call u,u ta answer.u kata u kua pegi dinner.u kata u kua dengan kawan u."(ianya adalah nada dering hp aku)


A:hello(suara cam biasa.agak pasa sandal)
c:cbdjfgdhvfdjfhudghdjvbdnjv h(berbual bahasa cina dengan aku bajet aku pahamla ape yang kau cakap)
A:erm..sorila.cant hear u.(saje mahu usik si caller)
c:sdjnhgfdghurghufbvjfbnjfb..
A:sori.speak louder lah.(sambil sengeh-sengeh)
c:sbfdhfdjgfvdhgrhdbvhdv
A:hoi.wrong numberlah.(da ta larat nak dengar dia bebel kat telinga pakai bahasa alien)
c:aaa??wrong number aa?soli a.soli.
A:aaa.oke.tape.len kali call lagi.boleh i maki u lagi.hak.hak.hak.(oke tu tipu)









::talking syht::

ps:selalu sangat orang salah dial nombor pastu tersambung kat nombor aku.pemes gile nombor aku.ahahahha





::tapakaki::

kira-kira ada lebih kurang seminggu saja lagi baki masa untuk dihabiskan dengan berpoya-poya bersama kawan-kawan untuk semester ini.hanya ada satu saja lagi halangan sebelum boleh berpoya-poya secara serius.tapi takpe.masa yang diberikan sudah cukup untuk aku mempersiapkan diri menghadapi cabaran tersebut.heh.nanti kan saja kedatangan ku wahai HRM.yeah.9-11-09 bertempat di ketam.akan aku tamatkan riwayat mu.

herm..aku mesti merancang cuti yang ada dengan sebaik-baiknya mengikot kadar kos dan duet yang akan dibazirkan kepada aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah.ye.bukan tidak berfaedah. ada perbezaan ye di situ.pertama-tamanye mesti mencari mangsa untuk mendapatkan duet belanja sebab duet hasil cukai rakyat telah pon dibazirkan terlebih dahulu melayan kerenah kak pah yang mahu aku berbelanja mengikut nafsu kudanya.

selepas saja sesi soal jawab..eyh sesi jejak kasehan berlaku nanti.mungkin aku akan pulang ke sarang:) ta sabarnya mahu tunggu.

ps:jejak kaki ku kembali ke sana menjejak kaki mu kembali:)

20091101

::ily emak::


::emak bersama aymaan::


khas untuk emak saya yang kini berada di kampung halaman.semoga sihat-sihat saja hendaknya.:)


saya anak yang kelima dari tujuh orang adik beradik yang sebetulnya.tapi pembuka dan penutup iaitu kakak dan adik perempuan kesayangan telah pun pergi dijemput Penciptanya.saya tidak kenal rapat sama along sebab saya berumur 7 tahun ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir manakala adik izzati tidak sempat pun menghirup udara dunia.:)


saya diberi nama oleh ibu bapa sebagai Noraini.saya sebetulnya tidak mengerti kenapa nama tersebut yang dipilih.tapi menurut emak, pemilik nama tersebut adalah seseorang yang amat diminaati oleh abah suatu ketika dahulu.owh.pernah juga bertanya, apakah emak tidak cemburu dengan pengakuan itu malahan sanggup menamkan aku dengan nama pemudi itu??emak hanya menjawab; "ah.abah kamu tu pemalu.mak saja letak nama ni supaya hati dia senang" aku terkesima sajalah.eheh.begitu tinggi pengorbanan emak terhadap abah.kalau aku agaknya.tataulah.mesti periuk belanga sudah terbang sana sini.ahah:)


sedari kecil aku adalah seorang yang tak berapa nak lasak juga tak berapa nak lembut.kira cam sedang-sedanglah.emak adalah suatu entiti yang sangat garang bila berkaitan dengan kebersihan diri dan rumah. manakala abah adalah suatu entiti yang akan berubah menjadi garang bila kami tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan sebelumnya.tapi kebanyakkan masa abah bertindak tanpa amaran.tahu-tahu saja kau dah makan penampar beliau sampai kau nampak bintang-bintang atas kepala dan mulai tersedu-sedu sendirian sambil adik-beradik menunjukkan signal ibu jari ke atas dan berkata "besta.besta" kat kau.:)


aku dan adik beradik sangat rapat.kami selalu bermain,bergaduh,kena marah secara beramai-ramai.owh. emak dan abah mempunyai polisi yang tersendiri mengenai kawan-kawan.kami tidak dibenarkan berkawan dengan rakan sebaya yang ada di sekeliling rumah.tidak dibenarkan berkawan selepas waktu sekolah.tidak membenarkan kawan hatta kawan baik mahupun kawan tidak baik meniru hasil kerja rumah.dan.bla.bla.bla yang aku sendiri pon sudah tidak ingat lagi.:)


owh.iya.emak dan abah selalu bilang sama aku kalau mereka memarahi aku dengan berkata aku ini sombong sebab tamau dengar cakap mereka dan cakap orang lain.selalu ingat diri sendiri saja yang betul dan paling betul.:) pastu bermata jahat.yakni suka sangat menjeling-bajet-mata-cam-chantek-la-bila-menjeling-orang.eheh.abah la paling suka cakap mata aku jahat.sebab tiap kali kena marah mesti aku cam nak jeling-jeling beliau.oke,sebetulnya aku tak berapa nak paham perkataan jeling tu.yelah kecik lagi.mana nak tau kan..bila abah cakap aku suka jeling beliau,aku akan reply dalam hati jelah."mana ada orang jeling.memandai je abah ni.bila ntah orang jeling dia..prot.pret.prot.pret"ye.aku tahu aku sangat kurang ajar dulu ngan parents.ish.suka melenting oke.suka tanak ngaku kalah.suka sangat mengamuk dulu.dulu la.skang da kurang.:)


tu antara sifat-sifat buruk aku lah kan.sebagai anak.aku dengan ibu bapa sangat rapat.apa saja cerita aku akan sampaikan kepada mereka.termasuklah isu kawan-kawan especially bf.sume kawan-kawan aku akan introducekan kat mak bapak aku.termasuklah siapa musuh aku.siapa yang aku tak suka.siapa saja.herm supaya mereka tahu apa yang aku buat dan dengan siapa aku bergaul.mak selalu pesan kat aku.biala aku nak buat apa pun tapi jangan sampai memalukan keluarga dan menjatuhkan maruah keluarga.cukuplah.:)


sebab tulah, setiap apa yang aku buat,aku tanggung sendiri.aku tanak siapa pun yang sentuh hal mak bapak aku kalau aku buat salah.pucuk pangkalnya aku dah besar.aku yang patut tahu yang mana satu baik dan buruk untuk diri dan keluarga aku.dan aku takan izinkan walau siapa pun yang mengata dan memburukkan mak bapak aku sengaja atau tidak.itu prinsip aku.even keluarga aku miskin hina sekalipun jangan harap kau boleh sesuka hati nak hina mak bapak aku.:)


sebab mereka lah aku ada kat dunia ini.sebab merekalah aku membesar dan jadik orang cam sekarang ni.sebab merekalah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan aku.sebab itulah dalam exam kalau aku ta bole jawab aku mesti ingat mak.:)


walaupun aku selalu buat emak sakit hati dengan perangai aku.walaupun dulu aku pernah hdfrygfdbv fhregfhfdsgahcvbshxcsb dengan mak dan abah.tapi aku tetap sayang,cinta dan kasih kepada keduanya. walaupun aku bukanlah jenis anak yang selalu mendengar kata sangat.aku jenis anak yang degil.keras kepala.tak suka tolong mak.panas baran.kuat merajok.suka hempas barang.tapi aku tetap manja dengan mak.:)


ps:saya sayang mak.doakan saya jadik anak yang tidak lupakan emak bila dah berjaya.doakan saya agar Tuhan tetapkan hati saya agar terus stick dengan janji saya pada mak.doakan kebahagian saya dengan mak.







::planning::

ehem.ehem.esok paper yang keempat.pastu mahu kemaskan barang-barang berharga dan di bawa ke rumah sewa.eheh.mahu marathon muvie dengan si didie kalau beliau free.mahu bermengahbiskan masa di borders sambil membaca dan mencuci mata dengan perangai homo sapiens yang pelbagai.ish.sudah tiada sabar di hati.:)

owh.raya haji tahun ini mahu menyambutnya bersama-sama teman di ipoh.tapi berkemungkinan bersar di rumah akan diadakan kenduri doa selamat.harus memilih yang mana satu ini.berat sungguh.ehem.tapi tidak mengapa lah.sudah ku khabarkan kepada ibu niat di hati.seperti biasa,ibu benarkan saja.tapi siapa tahu kalau-kalau dia kecewa.ya,kenduri di rumah tapi aku berpeleseran di luar dengan teman-teman lagi.aduh.cemane neyh.

ps:rindu sama teman semua.rindu juga pada ibu.:)