20090401

::dyslexia..part 1::

"semalam jimmy habis kena 'brain wash' sbb ayah dapat laporan, jimmy ponteng sekolah dan tak buat keja rumah yang cikgu bagi..
keesokannya,bila mak paksa jimmy ke sekolah, jimmy mengamuk... jimmy kata dia tak nak g sekolah, dan jimmy rasa macam nak mati...

mak hairan,lalu mak pon g ke sekolah, tanya cikgu apa masalah jimmy. menurut guru kelas jimmy, jimmy tak tumpukan perhatian dlm pembelajaran, very poor in attention and short concentration span... bila peperiksaan, jimmy selalu dapat markah rendah,jwb pon xhabis... malah,jimmy tak pena dpt markah bagus sejak dr darjah satu... bila trial UPSR,barula cikgu jimmy dapat tahu yang jimmy menghadapi kesukaran dalam pembelajaran... .

mak heran,sbb mak selalu nampak jimmy study kt uma. lalu mak pon tny jimmy..menurut jimmy, bkn dia xnk stdy atau suka ponteng sekolah,tp jimmy tak faham apa yang cikgu ajar dan tak faham apa yang jimmy cuba pelajari sendiri di uma. kesian jimmy,dia nmpk btl2 kecewa dan putus asa. sehingga dewasa,keputusan jimmy tak pena bagus..tapi apa yang menghairankan,jimmy hanya bermasalah dalam pendidikan,tp dalam bidang lain,jimmy mjd seorg yg berjaya dan kini jimmy dah jadi seorang pelukis yang terkenal di malaysia..setelah sekian lama, barulah mak dan ayah jimmy tahu bahawa jimmy menghadapi masalah pembelajaran yang dikenali sebagai dyslexia"

tahukan anda bahawa Dyslexia adalah merupakan salah satu daripada masalah pembelajaran utama di malaysia? menurut kajian yang dijalankan,prevelance kanak-kanak di malaysia yang boleh dikenalpasti mempunyai dyslexia adalah sebanyak 4.25% dan apa yg lebih teruk,ia mjd penyebab utama mengapa kanak2 ponteng ke sekolah.

menurut Kementerian Pendidikan Malaysia,kanak-kanak yg mengalami dyslexia adalah murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan mengira. puncanya disebabkan oleh sistem bahasa, sistem visual dan gangguan sistem otak (cerebellar system). ia menyebabkan kanak2 sukar untuk memahami dan mentafsirkan apa yg mereka lihat dan perhatikan. dari aspek bahasa,kanak2 dyslexia biasanya menghadapi masalah membahagikan perkataan kepada suku kata. masalah 'decoding' ini menyebabkan mereka tidak dapat menyebut dan membaca dengan betul.selain itu,kanak2 dyslexia juga sukar membezakan huruf2 yg serupa seperti huruf p-q,m-w,b-d,p-g-j,n-m dan t-f. mereka jg sering menterbalikkan perkataan spt suka-saku, family-falimi,buah-buwa,selasa-selase, meja-meje. selain masalah membaca dan mengeja (dysgraphia),mereka juga menghadapi masalah dalam pengiraan (discalculia),koordinasi pergerakan (dyspraxia) dan copying.

apa yg lebih menyedihkan, kanak2 ini juga sering disalah anggap dan kerap kali dilabel sebagai budak bodoh,nakal dan malas. inilah yg menyebabkan wujudnya masalah psikologikal dikalangan kanak-kanak ini.

walaupun menghadapi masalah pembelajaran, namun tidak beerti kanak2 dyslexia ini tidak boleh berjaya dlm hidup. tahukah anda bahawa Walt Disney,Leonardo da Vinci, Pablo Picasso,Winston Churchill, John F. Kennedy, Bush & Sons,Lee Kuan Yew,Albert Einstein, Alexander G Bell,Tom Cruise, Whoopi Goldberg,Harrison Ford,John Lennon (The Beatles) dan Cher adalah merupakan kanak2 dyslexic. ini kerana, kanak2 dyslexia hanya menghadapi masalah dlm pembelajaran tp mereka mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang yg mereka minati.(sume contoh mat sallehkan? sbb kat malaysia, masalah dyslexia ni msh blm ada rujukan dan kajian dijalankan).kerjasama daripada pihak ibu bapa,guru2, kakitangan kesihatan dan masyarakat amnya adalah penting dalam menangani masalah ini. seharusnya masalah ini tidak dipandang remeh kerana ianya memberikan impak yang besar kepada kanak2 yg bakal menjadi pemimpin negara pd masa akn datang.



No comments: