20090303

::ba alif ba ya nye manusia::

IBARAT satu perjuangan menyebarkan syiar Islam begitulah kentalnya semangat pengarah tersohor Erma Fatima apabila tampil untuk kali kedua mementaskan teater muzikal, Sirah Junjungan-Tahajud Cinta di Istana Budaya (IB) pada 9-22 Mac ini.

Namun disebalik semangat kentalnya itu, air mata kakak kepada pelakon Umie Aida ini gugur gara-gara ketiadaan dana untuk mementaskan teater muzikal Islam yang diadakan sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul.

"Ketika kali pertama mementaskan teater ini pada tahun lalu, dua perkara penting berlaku dalam hidup saya, pertama adalah saya kehilangan ayah tercinta ketika sedang membuat persiapan terakhir Sirah Junjungan. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.

"Kedua saya mementaskan teater ini tanpa sebarang penajaan kerana ketika itu pilihan raya sedang berlangsung dan saya waktu itu hampir hilang kekuatan. Hingga mendorong saya berjumpa dengan Ketua Pengarah IB, En Johari Shaarani (Abg Jo) untuk menarik diri.

"Namun sebaik menatap wajahnya saya tak sampai hati kerana menghancurkan hati Abg Jo sama dengan menghancurkan hati saya.

"Sekali lagi pada tahun 2009, kami memulakan persiapan untuk teater ini sejak bulan Oktober tahun lalu di mana kami telah menghantar 40 proposal kepada syarikat-syarikat korporat, Islamic Banking untuk mendapatkan sedikit dana kepada mereka.

Barisan pelakon teater muzikal Sirah Junjungan bergambar kenangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Namun apa yang menyedihkan sehingga ke hari ini, kami tidak dapat sebarang penajaan walau daripada satu syarikat korporat sekalipun. Tapi hari ini Sirah Junjungan akan tetap diteruskan.

"Jika Rasulullah SAW tetap berkorban untuk agama dan Islam apalah sangant kami yang hanya mempunyai masalah tidak mendapat penaja,” ujar Erma dalam nada sebak.

Namun bagi Erma, pada masa yang sama dia tetap memanjatkan kesyukuran kerana pada tahun ini pihak IB dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menjadi penaja utama bagi menjayakan teater tersebut.

"Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat terutamanya IB dan Jakim kerana sudi menghulurkan bantuan serta prihatin terhadap seni dalam Islam. Atas semangat sahabat-sahabat di Yayasan Seni Karya banyak memberi semangat, saya berjanji akan meneruskan teater ini walau apa jua cabaran mendatang,”ujar Erma yang juga Pengerusi Yaysan Seni Karya Prihatin Malaysia.

Menurut Erma lagi, teater ini dipentaskan untuk memberi peluang kepada penonton menghayati keindahan dan keagungan Islam ketika zaman Rasulullah SAW.

"Saya terharu dengan keikhlasan pelakon yang membintangi teater ini tanpa menerima sebarang pembayaran awal. Begitu juga dengan pemuzik yang sudah dua bulan bersama namun mereka melakukannya dengan ikhlas kerana Allah dan Rasul-Nya.

"Ikhlas saya katakan, saya cuma bergantung harap kepada wang hasil penjualan tiket teater ini untuk melunaskan bayaran kepada mereka yang terbabit dalam produksi ini," kata Erma yang ditemui selepas majlis pelancaran teater muzikal Sirah Junjungan musim kedua baru-baru ini.

Jelasnya lagi, Sirah Junjungan merupakan satu tanggungjawab dan niatnya untuk memberikan sumbangan kepada agama dan bangsa saya sendiri.

“Saya harap mereka menganggap perjuagan mereka ini sebagai satu jihad untuk Islam dan Rasulullah SAW dan kepuasan yang akan diperoleh mereka tiada tolok bandingnya.

“Saya dilahirkan sebagai seorang pelakon dan pengarah tapi apa yang saya lafazkan hari ini bukan satu lakonan tapi ia lahir tulus dari naluri hati saya bersama jawatankuasa Yayasan Seni Karya Prihatin yang bertungkus lumus menyiapkan teater ini.

Beberapa nama besar akan terbabit dan sudah memberikan pengesahan termasuklah Jamal Abdillah yang beraksi lagi buat kali kedua dan Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Amy Search turut diundang sebagai penyanyi.

"Saya tak nafikan populariti yang ada pada mereka digunakan untuk menarik minat lebih ramai penonton untuk lihat teater ini di IB bila dipentaskan bulan depan.

"Kita memang tak boleh nak menolak perkara tersebut. Pada masa yang sama, ia boleh menarik minat pelbagai lapisan masyarakat yang punya minat berbeza untuk menyaksikan teater ini,"ujarnya.

Ketika ini, Erma memberitahu dia sedang cuba mendapatkan dua lagi nama besar untuk sama-sama terbabit.

"Selain Datuk Siti Nurhaliza yang sudah pasti akan terbabit, saya tengah berusaha mendapatkan Datuk Sheila Majid dan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa. Tapi semuanya masih dalam perancangan kerana kita hanya ada lebih kurang sebulan saja untuk berlatih," katanya.

Bagi pementasan kali ini, pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Ahmad Yatim dan Vanidah Imran turut sama berlakon.

Teater muzikal ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah hinggalah baginda wafat. Sirah Junjungan membawa khalayak menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi.

Teater muzikal Islamik ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah, Sirah Junjungan membawa khalayak menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi.

Sirah Junjungan boleh ditonton menerusi tiket-tiket berharga RM50, RM100 dan RM150 yang boleh didapati menerusi Box-Office, Istana Budaya di talian 03-40265558 atau layari laman web www.ticket2u.biz.






*kdt utk produksi sirah junjungan*

::sori kak erma..i copy paste ur statement..ahahha..just nk share ngn u all anak2 ikan mak sal teater ni yang mementaskan sedikit sebanyak kisah sejarah Nabi junjungan kita..Nabi Muhammad saw..siyesly kisah ni sgt2 menyentuh perasaan..tp klu korg xd perasaan pon xguna gak kan??

::btw..ak sgt2 hairan..nape teater ni xdpt ape2 tajaan dr VVIP kew..pihak artis sdr kew..menteri2 kew..ah sape2lah yg mampu..*lebey dr mampu kowt??..klu kisah artis yg d adegan telanjang bogel boleh plak korg taja eyh?? ape punye perangai la..ni la manusia2 bodoh yg xtwu nk guna duet yg d utk perkara2 yg baek..chiken punye manusia..

::pssstt..xbley ckp lebey2..kang kne ban ngn gomen..ahahha..but that's the reality..and its hurt..sayang je..ada duet tp xtwu gune..kan???

::tulah..sshnye jd manusia yg ada akal tp xtwu nk gunakan..bak kata pepatah..kera di hutan disusukan..anak dirumah mati kelaparan..*mksdnya..klu teater yg berunsurkan lucah dsb..akan cepat mendapat tajaan dari teater/crita yg berunsurkan dakwah*

No comments: