20120511

::i heart you mother::

assalamualaikum wbt..

emak.
saya sayang gila emak.
saya rindu gila kat emak.
saya cuma mahu cakap itu saja.
sempena hari ibu yang bakal muncul tidak lama lagi.
sambil diiringi lagu mama oleh spice girls..yeah..spice up your life emak...
dengan ini saya ingin mengucapkan.
"selamat hari emak kepada emak tersayang pn.masliah"

i love you so strong lah..


dot.
noni.


20120508

::sepende merah untuk siapa?::

assalamualaikum wbt..

ini bukan entri yang serius.ini entri sekadar suka suka.sekadar mahu meluahkan apa yang gua rasa buat masa sekarang.gua rasa masa depan gua cerah.sebab hari ini gua pakai spende merah.nah.gua tipu je.hahaha

ps:terima kasih.lu orang semua.

20120503

::ini untuk awak::

assalamualaikum wbt.

terima kasih anda.jasa anda amat saya hargai.

ps:selamat hari wesak

20120429

::kita bukan kawan::

assalamulaikum wbt.

kawan kalau salah cakap boleh jadi lawan.
kalau tak cakap pulak boleh mendatangkan sawan.
betapa hebat penangan seorang bernama kawan.
boleh bikin hati tidak keruan.
nak kata kita bercinta mestilah bukan.
jadik mengapa kita bergadoh sakan?
kan lebih elok kalau kita bermaafan?
semoga persahabatan kita boleh berkekalan.
tapi.
kau tetap dengan kedegilan dan kegilaan.
membiarkan ego menguasai perasaan.
lantas aku kau buang dari ingatan.
itu kau kata keadilan?
aku yang jadik mangsa keadaan.
dan.
aku ucapkan selamat jalan.
aku mahu putuskan kawan.
aku jugak ada hati dan perasaan.
au bukan barang mainan.
jauh sekali barang dagangan.
atau haiwan buangan.

selamat tinggal kawan!

::dia::

bangun pagi.mengeliat.ke kiri.ke kanan.sambil tangan kanan tenyeh-tenyeh biji mata yang sedikit layu itu.menguap lagi dia buat sekian kalinya..sisa nescafe peninggalan malam semalam diteguknya rakus.dia puas.berat kepalanya semakin menghilang.setiap pagi begitulah habit Karr. dia bangun.menghadap ke tingkap.membuang pandang.kosong.sekosong jiwanya.menguap lagi.dia melangkah.malas.

ya Tuhan.malas betul dirasakan hari ini.eyh.bukan hari ini sahaja perasaan malas itu bertapak di hatinya.malahan sejak dari zaman berzaman lagi.dan dia memang terkenal dengan perangainya yang satu ini.tidak boleh diubah katanya.padahal, mereka semua pun tahu, dia memang begitu.dan mereka jug tidak ambil peduli akan sikapnya.kalau ditegur nanti di caci maki.bukan urusan kamu katanya.

tetapi sosok tubuh kurusnya itu juga yang didambakan oleh sekeping hati milik si Najwa.biar pun berkali-kali, hatinya dilukai oleh si dia.ya, di yang keras kepala.dia yang skeptikal.yang dibibirnya sering diukir senyum nipis.sinis.dia adalah raja beku.sebeku hatinya.ya, teman-temannya memanggilnya raja beku.kerana dia senantiasa bersikap dingin.keras.dan.kaku.

"kenapalah kau selalu menyakitkan hati aku?aku tidak pernah menyakitkan hati kau.apa yang aku buat semuanya salah di mata kau.kau mahu apa sebenarnya dari aku, Karr?" - Najwa

"maafkan aku Naj.aku tidak bisa melukakan sekeping hati milik mu.biarlah aku memuja mu sedari jauh.kau tidak akan mampu bahagia disisiku Naj." - Karrem

*bersambung....