20100425

::kenangan terindah 3tahun::


saya akan merindui semua aktiviti-aktiviti, kawan-kawan, pensyarah-pensyarah glamor, fakulti, dectar, panggung seni, tandas kegemaran, bilik kegemaran, blok kegemaran, tangga kenangan, tempat laluan jalan kaki ke dectar, ke fakulti, fssk, khutub khanah, tempat setadi kegemaran, bilik kelab KTR, studio dikir barat, tangga-tangga dan laluan-laluan dalam dectar, galeri seni, bengkel kayu abang asri, court basketball UO, fariz maju, bbb tomyam, kedai hijau,dan semua tempat yang saya selalu pergi membuangkan masa dan tenaga selama tiga tahun di sini.


saya pasti akan merindui momen-momen tersebut.pasti.rindu.terima kasih kepada mereka-mereka yang bersama-sama melakar momen tersebut dengan saya.menikmati setiap detik di sini sebagai pelajar.haru biru.tunggang langgang hidup.adalah detik terbaik untuk saya.terima kasih untuk mereka.

andai tersalah kata.terlanjur bicara.saya memohon maaf seadanya.halal yang mana terkurang atau terlebih.kerana saya hanya insan biasa.punya kekurangan dalam dirinya.terima kasih sekali lagi untuk semuanya.
::i was here::


ps: .heart2heart.man2man.face2face.roaaaarrrr:))

20100424

::rindu si hantu tulang::


saya rindu pada si hantu galah ini..sangat merindui waktu ini..




::ara::

20100423

::kisah kami geng setadi library dan jugak huha sana sini::

hari ini hari jumaat.penghulu segala hari.hari yang paling saya gemari.eheh.bukan apa.esok kan cuti.jadi saya sangat senang hati.

selama seminggu ini.saya dan beberapa orang kawan megulangkaji.pelajaran kami.kan masih dalam mood peperiksaan lagi.jadi harus kuatkan hati.walaupun ilmu tidak jugak masuk-masuk dalam kepala otak kami.tapi kami tetap mencuba sampai mati.

setadi.setadi.dan terus setadi.sambil main itu ini..itulah macam mana mahu fokus ini.asyik ulit fesbuk kesayangan kami.oppppssss..fesbuk adalah nadi.tanpa beliau kami tiada ilham mahu setadi..kami lebihkan fesbuk dari setadi.kami harap kami tidak kantoi nanti.hihihihi..

tetapi..hari ini kami cuti.kami tidak setadi.sebab kawan kami ada kertas petang nanti.nama dia yus irayani.kami harap dia berjaya menjawab soalan yang di beri.kami senantiasa menyokong saudari.

baiklah saya rasa sampai di sini.sahaja untuk hari ini.saya mahu mandi.dan bersiram di bilik air yang digemari.kita jumpa lain kali.babaiiii..




.::inilah kami::.
::saya.lina.yus.farehul.jijah.dan zanna::


ps:bosan nya saya hari ini.rasa mahu tidur sahaja lagi..erkk..rasa tidak berpuas hati..dengan kadar ketiduran malam tadi..haish:(

20100422

::oppss..entry lepas geram::

kalau kita mahu orang hormat kita...kita mesti hormat orang lain dahulu bukan??jadi kita harus hormat menghormati barulah rasa hormat dan dihormati..faham bukan??

jadi aku masih tidak faham dengan perangai sesetengah manusia ini yang tidak tahu menjaga dan menghormati hak orang lain.contoh.penggunaan tandas.paling nyatalah.saya bukan mahu bersikap perkauman di sini.tidak.tidak sama sekali.tetapi majoriti yang melakukan jenayah kebersihan ini adalah terdiri daripada kaum c***..selalu sangat dah kejadian-kejadian yang tidak diingini terjadi..mana-mana tandas pun sama..

secara amnyalah..kita ni orang malaysia manja sangat.sangat manja.kita selalu fikir akan ada orang yang akan tolong kita selesaikan sesuatu kerja.contoh nya.tandas awam.kita tahu akan ada makcik pakcik si tukang cuci yang akan cucikan jamban-jamban tersebut..lantas kita dengan sengaja dan bangganya membuang pad, menyepah tisu, membasahkan lantai, tidak flush dan bermacam-macam lagi lah perangai.kalau mahu dihitung rasa nya sepanjang lebuh raya utara-selatan lah kisah-kisah luar dalam pasal tandas tidak habis ceritanya.malahan keturunan mahsuri yang ke 70 juga pasti akan mengalami masalah yang sama.

erk.sudahlah.penat mencarut pasal tandas ini.asyik tema emosianal yang sama saja aku bentang di sini.nanti mahu tukar tajuk belog dengan "ini belog pasal tandas sahaja!" lah..baru layak dan sama taraf kan??oke babai.mahu tidur sudah.esok tiada exam.jadi mahu ke khutub khanah.

ps:entry pasal tandas lagik sebab tidak berpuas hati dengan makhluk ukm berjantinakan perempuan yang suka buang pad dalam lubang tandas dan tidak mahu flush.ingat hot ke tunjuk sama orang pad kau??tidak hamak lah mahu tahu kau sedang berbulan gerhana.weerrrkkk!

:agaknya orang malaysia kena pakai toilet yang macam ini kot..baru diorang boleh behavekan??::
cdt to:pakcik google:)



20100420

::terima lah ini incik widda::

hoh.wida pun sudah berani mecipta tag sendiri ya??berani juga mengetag aku itu.heh.lagi tag yang bukan-bukan.nah lah wida.nak sangat kan koleksi gambar-gambar terhangit aku kan saat berposing di depan cermin??hamek nih..

::sesi lawatan ke sime darby business school di bukit kiara::

::hari besar kazen.kawen kat sedili besar, johor::

::sila abaikan kaki seksi.sedili lagik::


ps:ada banyak lagik.tapi aku malas nak upload.ini jelah hidangan buat hari ini.bye:))