20101111

::fin::

assalamualaikum peeps.

wishing you guys out there have a blast thurday today as i wish mine too.eehee.hope for a better life and a bright future.hey!

i was to excited to wait for this coming saturday.wish me all the best in luck my dear friend.perhaps im gonna get a better paycheck and the most important thing is...achieving my dream.yiippie yeay~

hoping for the bright incoming future to come true.haish..but kinda cuak to take an exam.dush.dush.kind of different from the other exam.ohh please dong..cuak ohh..

ps:mixture feeling>.<

20101109

::sceptical::

assalamualaikum wbt and good day people.i just want to say thank you to those prick who think that people which working as a sales assistant is some one stupid.which cannot write or speak even read anything.those sick bastard who think they are knowlegable enough than anyone else in this 3rd rock from the sun planet.this kind of typical minded own by the narrow minded people. yes.i get laugh at my face by one pakcik when i said i had a degree.thing that i dont expect from the older.YES.ITS TRUE WHEN PEOPLE TOLD THAT YOU STUDY AT A HIGHER LEVEL BUT ENDED UP TO BE AS A SALESGIRL.YEAH.FOR ME, WHATEVER JOB YOU HAVE AS LONG AS HALAL AND USING YOUR TULANG EMPAT KERAT THATS FINE.RATHER THAN SWINDLING OTHERS MONEY AND LIVE IN RICHES WAY.OHH.THAT IS CRAP.IM HAPPY THE WAY I AM.AND THANK YOU VERY MUCH FOR CONCERN MY THINGS.

20101104

::mandi pantai yukkkkk::

assalamualaikum wbt dan selamat bercuti semua..

hai semua..sudah lama saya tidak mengepos sesuatu ke dalam ruangan ini.terlalu banyak perkara yang ingin saya sampaikan kepada anda tetapi bagaimana mungkin kerana saya tidak punya masa yang khusus untuk menyempurnakan hajat di hati.

ahahahaha.saya bukanlah seperti  seorang perdana menteri yang sibuk ke sana ke mari melayani ceritera rakyat jelata.saya cuma seorang buruh kasar yang kerjanya hari hari melayani telatah dan kerenah para pelanggan yang terkadang sangat mencabar mental dan fizikal.sungguh.kehidupan saya bisa haru biru apabila memikirkan soal mereka.

oh ya.sempena dengan sambutan hari deepavali yang bakal tiba tiak lama lagi saya ingin mengucapkan 
"SELAMAT HARI DEEPAVALI" 
kepada seluruh warga malaysia yang merayakan perayaan tersebut.semoga hari hari yang mendatang membawa sejuta rahmat dan kebahagiaan buat kita semua.amin.

okay.bai semua:))

ps:banyak cerita.tapi lain kali cerita.okay:PP

20101025

::siri bontot dan otak sebagai perhiasan manusia-manusia sial sahaja::

assalamulaikun wbt dan selamat pagi

ini adalah entri yang agak keras dan berbaur ancaman.okay.ini.serius.sangat serius.pada perkiraan saya, ini adalah entri ke berapa saya tulis berkaitan dengan isu tandas awam.ya.tandas awam.bila bercerita pasal tandas awam ini, sudah pastilah isunya berkisar masalah sikap pengguna tandas itu sendiri.

saya tidak pasti, apakah yang pengguna-pengguna tandas ini fikirkan apabila menggunakan tandas.tidak kira manusia itu tua atau muda, kecil atau besar (baca:saiz badan..errr..otak pun boleh juga), tinggi atau rendah (baca:iq), masih mempuyai gaya pemikiran yang saya kira agak tidak bertamadun.ya..saya ulang.tidak bertamadun..langsung.

kenapa?kerana mereka masih tidak tahu cara meggunakan teknologi-teknologi yang telah disediakan buat mereka untuk memudahkan gaya hidup mereka.mereka tidak tahu apa fungsi PAM TANDAS itu sendiri.atau buat-buat tidak mengerti apakah kegunaan pam tandas itu.mungkin pada mereka ianya adalah tidak lebih daripada sebuah hiasan dalaman yang fungsinya hanyalah sebagai hiasan dalam kubikal kecil bersaiz empat segi yang muat-muat badan untuk duduk atau bertinggung sebagai tempat melepaskan hajat di hati.

ya.saya mempunyai masalah ini.ini masalah sosial saya kira yang tiada penawar juga melebihi penyakit AIDS.adakah kerana tandas-tandas awam sekarang dijaga oleh pencuci tandas sehingga tugas mengepam hampas sendiri juga diserahkan bulat-bulat kepada pencuci tandas?jika begitu, mengapa tidak suruh sahaja tukang masak di kedai-kedai makan, makan makanan yang di masak??bukankah tugasnya sama sahaja?

saya cukup pantang dan mengeji perangai segelintir umat manusia yang berperangai macam sialan ini.apatah lagi selepas melepaskan hajat di hati, masih mampu untuk menutup penutup mangkuk tandas dan berlalu pergi begitu sahaja??dey..kau bayar gaji kat orang lain ke sampai taikk kau pun nak suruh orang lain pamkan..SIAL???

pada saya, bertembung dengan masalah sebegini sudah cukup membuatkan hidup dan hari saya menjadi suwey.saya tidak tahu di mana mereka meletakkan OTAK mereka.atau mereka sudah lepaskan otak mereka semasa berak?ohh itu pun boleh jadi juga kan??

saya mahu cadangkan kepada kerajaan agar orang yang tidak menjaga kebersihan tandas didenda dan diarak di khalayak ramai.biar mereka rasa malu pada diri sendiri dan orang ramai.bodoh punya manusia.otak Tuhan sudah bagi lagi tidak mahu pakai.Tuhan bagi otak buat apa??perhiasan kepala??suka-suka Tuhan cipta otak letak dalam kepala bagi cantik??

ps:sudah banyak kali terkena.rasa macam mahu bakar sahaja bontot-bontot tidak beradab dan berpelajaran itu.

20101024

::kisah daku, makcik india dan kedai bata::

assalamualaikum wbt and a very good day peeps:))

hari ini (baca:sabtu) saya melayan pelanggan pembuka rezeki kedai kami sambil mulut si dia rancak bercerita dan bertanya itu ini.tetiba kan....

makcik india:adik..you bukan orang melayu ke??
saya:aaa,saya orang melayu lah..(senyum.senyum)
makcik india:oihh..melayu aa??tak macam pun..
saya:ahahha.mungkin kerana saya sudah terbiasa campur dengan mereka..jadi sikit sikit sudah macam mereka la...ahahahah(okay.aku bajet makcik india cakap aku macam orang korea.punyalah kembang kempis aku tarik nafas pakai hidung..haishhh)
makcik india:yaka??nampak lain a you...
saya:lain ka??macam mana??
makcik india:macam orang INDONESIA...
saya:pppffffffffffffttttttttttt...(sedih terus)

ahahhaa..okay lah..saya memang ada campuran indonesia dari kampar, daerah riau punya.haha..kira tidak lari lah darah keturunan saya kan?saya bangga dengan keturunan saya.saya juga tidak pasti jika saya masih punya keluarga dan sanak saudara di sana.rasanya masih ada.kerana pakcik saya juga agak kerap kembali ke kampar, indonesia.

ahhaa..makcik india itu betul-betul buat saya malu hari ini.saya betul betul ingat dia mahu cakap saya macam korean.okay.tak.tipu saja.haiyoo..terus gelap masa hadapan saya dengar dia cakap macam itu.err..betul kah saya macam orang indonesia?

ps:malu kuasa dua betul