20111111

uhuk..uhuk..ish.berabuklah

assalamualaikum wbt...

huargg..lama jugak tidak menghapdate sebarang cerita di sini.kesian belog ni agak serabai.ish.ish.ish.bukan kerana tiada masa.kerana tiada cerita.oh.mungkin juga zaman keriangan untuk menulis semakin memudar dalam diri.haha..mungkin sekarang aku bukan lagi seorang yang pegun di hadapan komputer riba doplohpatjam menaip dan membuang masa.oh.positif jugak aku sekarang.okelah tu kan??seiring pertambahan umur barangkali..:)

20110920

entri dulu dulu baru kini dipostkan.

dulu dulu masa bercinta semua rasa bahagia
sekarang pula rasa menderita saja

dulu dulu masa bercinta kemana pun berdua
sekarang pula sendirian berhad saja

dulu dulu masa bercinta ayat manis peneman bicara
sekarang caci maki keluar semua

dulu dulu masa bercinta awak saya
sekarang kau aku saja

dulu dulu masa bercinta jangan tinggalkan saya
sekarang eyh pergi mati kau sana

ps:entri ni dah berzaman kot berkulat dalam blog ni.hahaha..time ni aku tengah serabut taugeh kot.so fikiran memang tak tentu hala sikit.eyh.bukan sikit.banyak kot.aku simpan bajet nak edit later tapi sampai ke sudah aku tak edit edit.terbiar di halaman rindu je entri ni.hahha.kesianlah!
best jugak layout baru blogspot ni.meriah gila.urm..ekceli.sedang sakit hati yang teramat sangat.kenapa mereka ini tidak boleh terima seadanya tentang aku???perlu kah aku dipaksa untuk menurut kata mereka sedangkan mereka sendiri tidak mampu untuk terus berdiri di atas kaki sendiri??

Ya Allah Ya Tuhanku.hanya Kau yang Maha Mengetahui segalanya.segala kitaran kehidupan yang berlaku di atas muka bumi adalah di bawah kekuasaan-Mu Ya Allah.Kau berikan aku peluang untuk aku buktikan kepada mereka bahawa andaiian mereka itu adalah salah sama sekali.berikan aku kekuatan untuk aku terus berpijak di bumi yang nyata ini Ya Allah.Pinjamkanla aku kekuatan Mu Ya Allah.

sesungguhnya, Kau lembutkanlah hati mereka mereka yang aku jumpa ini untuk membantuku Ya Allah.sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu adalah di dalam pengetahuan Mu yang Maha Esa.amin.

20110312

::yawn::

assalamualaikum wbt..

again.katanya mahu berhenti tetapi tidak jadi.again.aku masih menulis di ruangan ini.again.and again.hurm.berhujung minggu di sini sambil melahar tidak tentu hala memang kehidupan yang memberangsangkan otak.yelah.seperti kata orang orang dahulu.tidak kenal maka tidak cinta.

hurm.okaylah.cukupla sampai sini dahulu.babai.mahu menonton siaran televisyen pasal kisah tsunami di jepun.o kasihan sungguh mereka.T.T

ps:@@

20110306

::selamat tinggal::

assalamualaikum wbt..

hi semua makhluk Tuhan paling seksi..ada berita yang ingin saya kongsikan dengan anda.saya ingin membuat laman tulisan yang baharu.saya sebenarnya sudah lama memikirkan situasi ini.tetapi seringkali saya bersikap tangguh menangguh di atas keputusan yang bakal saya ambil ini.bukannya apa, saya inikan penulis amatur sahaja.jadi jika keputusan drastik ini saya ambil, saya takut kehilangan kesemua keSAYANGan saya di sini.saya sayang dan berterima kasih yang teramat sangat kepada mereka yang telah mengikuti tulisan saya ini, yang kebanyakkannya ditulis berdasarkan emosi semata mata..dan sudah terlalu lama saya membiarkan hasil tulisan saya ini..macam digantung tidak bertali.tetapi ini tidak bererti saya ingin menutup terus laman ini.hey.kesayangan saya ini akan terus berada di sini tetapi fungsinya sahaja yang tidak ada.oh.merepek repek sudah saya malam ini.owh.nantikan kemunculan laman tulisan yang baru.^^

sekian sahaja.daaaaaaa~

20110126

::life's little fears::

assalamualaikum wbt


too shy to be myself
for i have the fear of being noticed
too sensitive to break someone's heart
for i have the fear of anger


too proud to say i'm sorry
for i have the fear of giving in
too curious just to lay back and watch
for i have the fear of missing out


too weak to show my strengths
for i have the fear of envy
too embarrassed to say what i feel
for i have the fear of mockery


too scared to do the wrong thing
for i have the fear of punishment
too dreamy to think about real life
for i have the fear of reality


too emotional to be in love
for i have the fear of rejection
too cowardly to be brave
for i have the fear of pain...

20110125

::hidup yang huru hara::

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.

wah.sudah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini.ah.rindunya mahu menulis.rindu mahu mengarot mencarot di sini.kebelakangan ini, kehidupan saya agak kelam kabut.haru biru.huru hara.oh.senang cerita semua lah.masalah yang datang bertimpa timpa.hahaha.kasihan saya dengan diri sendiri.sampaikan ada kawan saya yang tidak senang hati melihat keadaan diri saya semasa saya berjumpa dirinya.seperti yang dia katakan, saya kelihatan agak "sesat" di dalam masalah saya sendiri.pucat.serabai.ya,saya akui memang keadaan diri saya sedikit teruk pada ketika itu.kecewa.penat.marah.sedih.semua perasaan itu ada dalam diri saya sewaktu berjumpa beliau.hahaha.terima kasih di atas nasihat dan telinga yang dipinjam.

oh.sudah tidak tahu mahu tulis apa.kelihatan seperti cerita yang tidak berapa penting jikalau ditulis sekalipun di sini.apa yang penting, saya harus terus kuat dalam hal sebegini.ye.kuat.kuat.kuat.ahahaha.macam bodoh je ayat tu kan?hahaha.TT________TT

oh.oh.saya masih ada satu cerita.tetapi apa yang penting ianya bukan tentang saya.cerita yaang saya dengar buatkan saya rasa marah dan kecewa sebenarnya.sebenarnya sikap pilih kasih dalam sesuatu hubungan sudah lama wujud di kalangan kita.cuma antara kita sedar atau tidak akan keadaan yang terjadi di sekeliling kita.memang saya mahu mengata pasal si polan ini yang seakan akan besar kepala.lebih lebih pulak aku tengok.sudahlah berlagak tidak tentu hala.rasa macam mahu sepak kepala dia laju laju.geram sangat.oh.tengok sahaja muka dia, sudah bikin saya loya.serta kawan dia yang lagi seorang yang juga bajet bagus.ye saya tahu dia memang bagus.meluat sangat.*muntah darah*

huh.muda lagi tetapi kurang ajar.ingat dia siapa mahu orang sembah ratu pada dia.oh tolonglah.

ps:gila babi.

20110102

assalamualaikum wt dan selamat pagi semua..hari ini dua haribulan satu tahun dua ribu sebelas.rasanya masih belum terlambat bukan mahu mengucapkan selamat tahun baru dua ribu sebelas buat semua warga manusia samaada yang masih hidup mahupun yang telah pergi.hahaha..yoshhh..tahun baru,mesti ada azam baru bukan??okay.saya juga tidak ketinggalan mahu sesuatu.akan tetapi azam saya setiap tahun adalah sama.tidak berubah tetapi bertambah.wawawa..senarainya agak panjang dan semakin panjang seperti lebuhraya sahaja cuma saya tidak tahu kapan bila akan disempurnakan.harapan saya,semoga tahun ini akan lebih bagus dari tahun tahun yang sebelumnya.dan bertambah bagus setiap hari.mahu yang terbaik untuk taun ini.better paycheck perhaps.:!)