assalamulaikun wbt dan selamat pagi
ini adalah entri yang agak keras dan berbaur ancaman.okay.ini.serius.sangat serius.pada perkiraan saya, ini adalah entri ke berapa saya tulis berkaitan dengan isu tandas awam.ya.tandas awam.bila bercerita pasal tandas awam ini, sudah pastilah isunya berkisar masalah sikap pengguna tandas itu sendiri.
saya tidak pasti, apakah yang pengguna-pengguna tandas ini fikirkan apabila menggunakan tandas.tidak kira manusia itu tua atau muda, kecil atau besar (baca:saiz badan..errr..otak pun boleh juga), tinggi atau rendah (baca:iq), masih mempuyai gaya pemikiran yang saya kira agak tidak bertamadun.ya..saya ulang.tidak bertamadun..langsung.
kenapa?kerana mereka masih tidak tahu cara meggunakan teknologi-teknologi yang telah disediakan buat mereka untuk memudahkan gaya hidup mereka.mereka tidak tahu apa fungsi PAM TANDAS itu sendiri.atau buat-buat tidak mengerti apakah kegunaan pam tandas itu.mungkin pada mereka ianya adalah tidak lebih daripada sebuah hiasan dalaman yang fungsinya hanyalah sebagai hiasan dalam kubikal kecil bersaiz empat segi yang muat-muat badan untuk duduk atau bertinggung sebagai tempat melepaskan hajat di hati.
ya.saya mempunyai masalah ini.ini masalah sosial saya kira yang tiada penawar juga melebihi penyakit AIDS.adakah kerana tandas-tandas awam sekarang dijaga oleh pencuci tandas sehingga tugas mengepam hampas sendiri juga diserahkan bulat-bulat kepada pencuci tandas?jika begitu, mengapa tidak suruh sahaja tukang masak di kedai-kedai makan, makan makanan yang di masak??bukankah tugasnya sama sahaja?
saya cukup pantang dan mengeji perangai segelintir umat manusia yang berperangai macam sialan ini.apatah lagi selepas melepaskan hajat di hati, masih mampu untuk menutup penutup mangkuk tandas dan berlalu pergi begitu sahaja??dey..kau bayar gaji kat orang lain ke sampai taikk kau pun nak suruh orang lain pamkan..SIAL???
pada saya, bertembung dengan masalah sebegini sudah cukup membuatkan hidup dan hari saya menjadi suwey.saya tidak tahu di mana mereka meletakkan OTAK mereka.atau mereka sudah lepaskan otak mereka semasa berak?ohh itu pun boleh jadi juga kan??
saya mahu cadangkan kepada kerajaan agar orang yang tidak menjaga kebersihan tandas didenda dan diarak di khalayak ramai.biar mereka rasa malu pada diri sendiri dan orang ramai.bodoh punya manusia.otak Tuhan sudah bagi lagi tidak mahu pakai.Tuhan bagi otak buat apa??perhiasan kepala??suka-suka Tuhan cipta otak letak dalam kepala bagi cantik??
ps:sudah banyak kali terkena.rasa macam mahu bakar sahaja bontot-bontot tidak beradab dan berpelajaran itu.