20100225

::maulidur rasul..buat perangai elok-elok sikit:))::

selamat menyambut maulidur rasul esok hari.jaga diri baik-baik.jangan nakal-nakal.semoga kita beroleh keberkatan dan rahmat dari yang Esa.

semoga esok dan hari-hari yang seterusnya aku bisa memfokuskan kepada pelajaran yang terabai sejak sekian lama.semoga apa yang aku baca esok hari akan mudah difahami dan diingati sampai mati.amin.

mari bertemu dengan emak esok.hey.

ps:selamat maalm semua:))

::buai laju-laju sampai cucur atap.dah tumbuh gigi bongsu pon tetap tak pandai baca kitab..apelah punya bengap aku ni::


peh.jemu kalau hidup berterusan begini.bagai tiada perubahan dalam graf kehidupan.haih.ingin juga merasa graf kehidupan mencerun tinggi dari kiri ke kanan.eyh.eyh.betul ke ni??ah lantaklah.yang penting ada unsur-unsur ekonomik di situ.heh.

aku tak paham.seriusnya tak paham dengan masalah aku yang satu ini.kenapa kalau tengah stadi payah bebenar nak concentrate??haish..sampai bila nak macam ni ja??adoiyai..kadok.oo..kadok..kau ni bikin aku susah hatilah. dan-dan ja nama diri tukar jadik kadok..

nah aku tampal contoh bende yang bukan-bukan aku buat time stadi tadi.nah pompuan bermisai tebal bermulot senget berambut pendek tapi tetap tak hensem macam rajnikanth..

::besar punya::

ps:bahahhaa..sekali tengok dah macam jantan dah...padahal pompuan ni..matilah aku kena marah ngan seseorang ni..

20100224

::tips mahu bermain dengan anak tiri atau anak ikan tiada di dalam entry lagi..jika mahu saya boleh buatkan..tapi yang tipu punya lah..amacam??::

ehem.ehem.sebenarnya masih ketandusan idea untuk mengupdate blog cuma perasaan bersalah kerana mengabaikan bidang ini terlalu lama membuat kan cacing-cacing kerawit serta caing-cacing pita di dalam perut agak keresahan serta hampir pitam..

belek-belek akan nuffnang kesayangan aku sambil berdoa semoga duet telah mencecah 18 juta pound sterling yang confirm-confirm adalah tipu dan khurafat semata-mata..aku terus gagahkan diri mengintai aktiviti sepanjang minggu ini..tara...ini lah hasilnya..



dan aku pon tatau siapalah punya kerja ini.ahaha.kelaka lah.adakah blog aku akan bertukar menjadi bahan bacaan yang menyalurkan information tentang imiginasi seks melampau muda mudi tua tui zaman milenium ini??tunggu dan lihat sajalah nanti ya kawan-kawan.

ps:femes kau johan arif sampai ada orang google nama kau..hebat ah:))

20100223

::kalau orang tu dah pergi tu biar jelah dia pergi..kita yang hidup jangan pulak terhegeh-hegeh cam kera nak ikot dia pergi mati sama..kan::

eeeeeeee.sumpah.ihy.sangat-sangat.bila ingat-ingat balik banyak bende yang i cakap you tanak dengar.bila i ungkit,you marah i.cakap i suka sangat ungkit and fikir pasal bende yang da lepas. bila i cakap sikit,you kata i suka membebel ta tentu fasal.heh.ingat i suka bebel dekat you??bukan you kisah pon ape yang i cakap.apa yang i buat sume ta betol pada you.abes you nak i buat ape lagik??ikot je cakap you??tadah je muka i ni bila orang lain bising-bising pasal you??

ntahlaah.cakap banyak pon ta guna.bukan you fikir pon soal hati dan perasaan i.i cakap i ta suka, you still nak wat gak.bila i cakap i penat.i sakit.i itu.i ini.you bukan kisah pon.ape yang you nak.itulah yang you mesti dapat.tolerate??tade makna pada you.give and take?lagi la jao skali. yang you tahu.i je yang kene dengar cakap you.

************************************

ehem.ehem.pernah tak korang hadapi situasi berbulu lebat macam ni??mestilah pernah kan..tak kisah lah ngan kawan-kawan kah..dengan kekaseh jantung pisang kah..apekah..mesti ada punya terselit kat celah-celah bedah cerita ceriti macam ni..biasalah kan..sedangkan lidah lagikan tergigit time tengah sedap-sedap mengayam ketupat kat simpang tepi longkang depan rumah..apetah lagi kawan-kawan..boyfriend-girlfriend..bukan takat suami isteri ja lagi dah..

sebenarnya..kelmarin kakak aku yang lebih kurang sikit ja lagi confirm dia daftar kat hospital melaka bertanya...cani lah lebih kurang bentuk soalan kbsr berlevel rendah cabaran mental dan fizikal yang diperlukan untuk menjawabnya:

a:hang rasa kan..kalau hangla putus cinta..hang buat apa??

n:aku??wat bodo sudah..

a:wat bodo??aku heran tau..apesalkan macam setengah-setengah orangkan..kalau putus cinta mesti tak lalu makan minum.nak mati.nak itu.nak ini.nak sedeyh-sedeyh.

n:ntahlah.ak pon tatau.dulu aku tak macam tu pun.owh.mebi sebab aku lagi sayang diri aku dari sayang dia kot..

a:ahahhaha.hampeh hang ni..

n:eyh.mestilah aku sayang diri aku dari sayang dia.dan aku takan sayang orang lain lebih dari aku sayang diri ngan femili aku..tu pasal aku tade nak rasa sedih sangat kalau kene tinggal or putus or whatever..life must go on..ecececeec..

a:tulah pasal..macam eita (bukan nama sebenar) dia tu kan.asek nak sedih-sedih ja..rimas aku tengok.mintak nasihat aku tapi tanak dengar.nak itu nak ini..aku pon tatau dia nak pe sebenarnya..

n:ntahlah.orang macam tu baik mati ja.hidup menyusahkan orang lain ja..(dialog rekaan sebba aku dah tak ingat ape yang kitorang dok bualkan haritu)

******************************

oke.kalau koranglah kan.macam mana korang nak setelkan hal macam ni??sila bagitau boleh?


ps:betullah cinta itu buta sampai membutakan mata orang yang bercinta..dan orang yang bercinta sampai buta mata adalah BODOH!


::cdt to owner gambar neyh.semart seyh::

20100222

::newly wed..famely day and those happy hours we spend together on chinene new year::

seminggu telah berlalu.rasanya macam baru semalam pulang ke rumah angah dan bermesra mesra sambil menganjeng adik beradik yang lain dan juga membuli dan dibuli oleh si licik bernama aymaan melewar.rasanya seperti baru saja semalam mengecup tangan dan pipi emak kesayangan sambil meminta ikhsan mengatakan wang belanja sudah habis.seminggu yang masa dan ketikanya terisi.padat dan ketat.dari aktiviti menghadiri kenduri kawen sepupu di kuala sedeli, kota tinggi sampailah ke berliburan bersama keluarga tersayang di melaka serta menghabiskan masa menonton drama di peti televisyen.sudah sekian lama tidak menghabiskan masa bersama-sama seperti itu.paling tidak pun raya mesti kurang seorang atau dua..terasa seperti kami masih di zaman anak-anak kecil.cuma bezanya tidak dikelek ke hulu ke hilir seperti di waktu itu saja..dan major bezanya ialah abah tiada bersama-sama kami.tapi beliau tetap berada di hati untuk selama-lamanya..

_____________cerita sepanjang percutian_______________

::kota tinggi, johor::

tidak lama di sini.cuma dua hari untuk urusan akad nikah dan majlis sebelah perempuan.resort adalah superb.view best mampos.makanan kenduri juga sedap hingga terasa nak jilat jari orang sebelah.tapi sayang orang kampung tiada yang hot-hot serta tidak berapa menarik untuk ditonton.ehe..




::melaka::

dua hari tiga malam di sini.dari kota tinggi terus ke melaka.malam pertama adalah agak malang kerana kereta kontot punya bateri adalah weak.peristiwa berlaku di sekitar kawasan meletak kereta milik hospital melaka hingga terpaksa membutuhkan bantuan daripada kakitangan wad kecemasan.heh.lagi malang bila dah setel semua dan bergerak ke medan ikan bakar di muara sg duyong..makanan adalah sold out.habes..peh.perut adalah sangat lapar.tiada kompromi.then pergi ke suatu gerai untuk mengisi perut..dan by the time makanan sampai.letak.dan terus licin.lima saat je amek masa untuk setelkan semua makanan yang dihidang.sangat kebulur.ahahahahha..






::cheras::

di sini adalah rumah sepupu aka side lelaki.kenduri adalah hari sabtu bersamaan dengan 20hb februari 2010.setengah hari yang cukup padat.tengahari membahang sepanjang majlis.alhamdulillah.tiada sebarang kesulitan berlaku sepanjang majlis berlangsung cuma ya pengantin nya lambat sangat turun sampaikan tetamu sudah ramai yang pulang..haih..by the way..tahniah lah untuk kazen aka boboy dan liana yang telah pon selamat bergelar suami isteri.semoga berbahagia dan terus berbahagia sampai ke akhir hayat kalian.



___________________the end__________________

kenduri kali ini dapat jumpa ramai sanak saudara yang dekat dan jauh.yang kenal dan tidak kenal langsung.semua ada.atok dan nenek from temerloh pon ada.cayalah.cuma aku lihat atok banyak diam dan menyendiri saja.dan. aku sangat-sangat tidak boleh melihat atok.aku jadik sayu dan sebak sebab mesti teringat kat abah..serius aku nanges sekejap.ini bukan drama yang boleh dibuat-buat.serius aku rindu sama beliau.

melihat keluarga berkumpul.bermesra.bertepuk tampar.adalah sesuatu yang amat jarang aku lihat dari dulu sampailah sekarang..dan aku terus berharap agar ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila even masa tu ibu bapa kita tiada lagi..

ps:kalaulah beliau masih ada di sini..mesti beliau gembira..keluarga beliau telah bersatu..tapi sayang................


20100211

::sejarah adalah penting untuk bagi kau tahu asal usul kau supaya kau tak terbang tinggi-tinggi dan jatuh atas taik lepas sayap kau patah::

semalam terasa seperti ingin membersihkan kuman-kuman yang bersidai di dalam perut leman..seperti biasa mengambil mood mari-mengenang-sejarah-zaman-jepun dulu sebelum kerja yang asasnya aku lakukan..

melihat kembali gambar-gambar yang diambil di zaman jepun dahulu sudah cukup membuatkan nafas aku sesak. sebak barangkali.layar minda pantas memutarkan kembali kenangan-kenangan manis suatu ketika dahulu yang menurut aku tiada galang gantinya.ianya adalah guru terbaik dalam hidup aku.

sesungguhnya terdapat wajah-wajah yang amat aku rindui.wajah-wajah yang sentiasa tersemat di hati.wajah-wajah yang menjadi penyeri.wajah-wajah yang menjadi sumber umpat keji.wajah-wajah yang selalu menghantui.sudah menjadi adat kebiasaan bagi setiap produksi.bergaduh.bertekak.puji.perli.

nah.ini antara produksi yang sangat-sangat dirindui.ada yang gambarnya tiada dalam simpanan aku lagi..

::gambar produksi demmit-simulasi ko-k teater 2007/2009::



::gambar demmit-fesken-malam anugerah seni::


sesungguhnya mereka adalah keluarga terbesar di sini.mereka mengajar banyak erti kawan dan lawan.terima kasih semuanya atas tunjuk ajar kalian.terima kasih tidak terhingga kepada tenaga pengajar bung kancil, abg yus, abg pisang, kak ayu, kak ana, abg rajan, haikal, abg boboy, kak salwa, kak nort, kak didie, kak ida, niza, abg meon, abg wa, eddy, matme, odah, kak syida, syakir, dan lain-lain..sayang korang semua.

ps:sumpah rindu gilak produksi lepas sudah grad:(

::segalanya mungkin::

peh..sebak ah.....

20100210

::sumber tenaga kian tipis kalau kita asyik membazir ja::

jika kelmarin aku masih teman kamu
aku kira sehingga saat ini aku masih ingin menjadi teman kamu selalu

jika kelmarin aku masih teman yang kamu cari
aku kira sehingga saat ini aku masih ingin menjadi teman yang kamu cari selalu

jika kelmarin aku masih teman yang kamu rindu
aku kira sehingga saat ini aku masih ingin menjadi teman yang kamu rindu selalu

jika kelmarin aku masih teman yang kamu sayang
aku kira sehingga saat ini aku masih ingin menjadi teman yang kamu sayang selalu

jika kelmarin aku masih teman ketawa kamu
aku kira sehingga saat ini aku masih ingin menjadi teman ketawa selalu

jika kelmarin aku masih teman menangis kamu
aku kira sehingga saat ini aku masih ingin menjadi teman menangis kamu

jika kelmarin kita masih bergelak ketawa, menangis bersama
aku kira sehingga saat ini aku masih mahu melakukan semuanya..

jika kelmarin terjadinya apa-apa terhadap kita
aku kira sehingga saat ini aku masih membutuhan kamu sebagai teman aku

jika kelmarin kita berpisah
aku kira sehingga kini aku masih keseorangan..

jika kelmarin kita tiada
aku kira sehingga saat ini aku masih berkabung tentang kehilangan kamu


ketawa,menangis,bergurau senda,segalanya
bersama kamu.
kamu dan aku adalah satu.


ps:walau apapun yang terjadi antara kita, aku mahu kamu tahu yang kamu selalu ada dalam hati aku.selama-lamanya.biar kita sudah tidak seperti dahulu kenangan yang kita cipta bersama akan menjadi sumber tenaga pengecas kenangan yang kita bina bersama.

::sumber tenaga::



20100209

::jangan pernah kau terfikir mahu tinggalkan aku wahai sayang::



saat aku sedang sesak.kalut.kau buat hal.semakin sesak nafas aku tahu?kau tahu bukan kau adalah kesayangan aku.dan yang paling utama dalam hidup.tanpa kau, aku seperti tidak bererti.biarpun aku masih mempunyai banyak pilihan tetapi kau masih jua kau yang ku puja tiap masa.kerna aku punya sifat malas yang maha tinggi dan tebal dan telah menjadi sebahagian dari hidup ku ini.

maka, marilah kau berkerjasama sepenuhnya dengan diri ini wahai kamu.semakin kau berkeras kepala semakin nipis tahap keimanan dan kesabaranku.sebelum terjadinya apa-apa di antara kita, maka tolonglah..aku ulangi tolonglah kurangkan sifat mengada-ngada dan keanak-anakan kau itu sayangku.

aku tidak punya waktu yang banyak untuk memanjakan kamu kah??maka atas alasan itu kamu sudah mahu menunjukkan belangmu?aiyoo sayang..bukan aku sentiasa bermain bersama-sama kamu??apakah kamu meragukan akan kasih sayang yang aku curahkan kepada kamu??

sebentar tadi kamu masih membuat hal walhal aku ingin cepat.kamu ini bisa membuatkan jantung aku sakit dan mati.tahu?haih.atau kamu sudah tidak bisa untuk bersama-sama dengan ku lagi??adakah ini sebagai salah satu medium untuk kamu menyatakan bahawa kamu sedang sakit dan akan pergi tidak lama lagi??

jika kamu mahu pergi sekalipun, tunggulah sehingga aku bekerja dan mampu mencari gantimu kekasihku.tidak ku izinkan kau oergi sekarang kerana aku masih membutuhkan kamu disisi ku.oh.laptop.janganlah buat hal lagi..plis..plis..plis..kamu jangan nakal..:))

::lemanorangee::


ps:sayang sama laptop hadiah dari ibu:))

20100207

::aktiviti piring hitam::

baru-baru ini bersama-sama kumpulan ke pangkor untuk misi menghitamkan lagi kulit yang sudah sedia sejak azali hitam.ahahha..sambil nyanyi-nyanyi lagu ikut rentak irama padang pasir..eyh.eyh.salah..nyanyi lagu inilah barisan kita.kami melangkah penuh bergaya menuju ke puduraya..

gila ah.pagi-pagi lagi dah terserempak dengan bekas ustaz yang mengajar kat kolej dulu.oke.main sembunyik-sembunyik jangan bagi ustaz nampak jap sambil tunggu si blac datang amek.segan oke.kalau time tu tengah ayu berbaju kurung pun mesti aku jerit-jerit panggil nama dia dah tapi masalahnya aku terlebih sangat sopan kan..so biar jelah.pastu masa nak naik bas pun beramazing race bagai kejar bas.

sampai je kat pudu pun satu hal jugak.perut mulah lah membuat tarian hawai dia.alahai.perut ku sayang ni memang tau.dah satu hal lagi nak bergegas ke tandas.sampai masa tade pulak nak memerut.ceh.hangen je..owh kat sana memang perut dilatih untuk menerima isi saja.buangnye tidak.sampai kena paksa bagai nak buang.kalau tak mahu membusung perut akukan..

tapi tak banyak aktiviti yang kami buat kat sana.lepak.makan.tido.main kad.carom.g pantai.tu jelah.hari kedua je yang gigih snorkeling.island tour bagai..cuab jugaklah teropong-teropong mat-mat saleh berbikini ke topless ke ape ke haram tiada.kalau ada pun tidaklah menghairahkan sangat.buang masa je tengok.eheh.


ini ada sedikit bingkisan untuk tatapan teman-teman dari aku di sini.ya.suka atau tidak kalian sama sekali tidak aku peduli.ya.seperti biasa ucapannya"pegi matilah":))


::tampal gambar di sana untuk tatapan korang::




ps:bahahaha...akhirnya jadik jugak menatang ni.suka.suka:))

::kucng kurap kalau ditolong memang takreti nak berbuat baik kepada manusiakan::

menyampah kat certain-certain orang yang masa susah kemain lagi berbaik-baik tapi bila dah senang.hepi merry go round dia boleh wat bodo je kat kau siap boleh jeling-jeling lagi.apehal kau??..ish.hangen je..g matilah kau pompuan.hfdgfdscvjdbgfcdhjfgscjhdgfgd..

kau ingat kau jadik ketua kau bagos??babi betol.pasni jangan harap aku nak tolong kau angkat barang-barang kau lagi kalau ada tikos mati.sialan..

ps:kau dengan kawan kau sama je.menyampah

20100206

::amboi.amboi.amboi..cerita hot you::


owh my.owh my.saturday is coming up.so is our show.ohyeah bebeh.kinda busy right now.have to rush and stay up a lil bit longer than usual and also divide my precious time with study and theater..:))


pray for me and my theatre team tonight night.hope everything's gonna be fine.owh.no.kinda cuak sekarang cause i never ever handle lighting system oke for any show.aiyak..dunno what's gonna happen that night.eheh.


see ya tonight all my sayang~

ps:sesiapa yang stay area ukm,bangi,kajang kalau mahu menonton dipersilakan.ngeee..and jangan complaint banyak on lighting ya:))


::suka tampal gambar yang tiada kaitankan::

20100205

::aku taubat tanak buat aksi rempit secara membabi buta lagi::

ehem.ehem.tadi mahu tunjuk aksi lagak rempit berani mati dengan membuat aksi stunt panjat skyfolder untuk sesi pengubahan lighting untuk show usang sabtu malam.ceh.berani la sangat kan nak panjat-panjat segala..

masa pengarah suruh aku ubah lampu tu ke bawah sikit, then aku terpandang lantai.oke.agak tinggi.dan aku dah start seram sejuk kaku beku oke kat atas tu.dan-dan aku mahu turun.then.sekali lagi aku sangkut.aku tak berani oke nak turun.kaki dah bersilang milang kat tiang tepi skyfolder tu.

naseb baeklah ada si tojo dan mimi yang tenangkan aku dan beri semangat untuk turun ke bawah.kalau tak memang kena panggil bomba lah nak bawak aku turun bawah.ehehe.naseb aku tak pengsan je kat atas tu..

owh ya.aku malu.hampir menages oke kat atas tu.ahahha..malu.malu.

::tiada motif::

ps:aku taubat mahu panjat sambil buat aksi rempit lagi.

20100203

::mari lihat kawan siapa lagi banyak kene delete dalam list::



aku kenal beliau melalui si kumpulan..beliau sangat kekwat pada permulaan pertemuan kami.kami tidak pernah bertegur sapa sekalipun cuma aku menghormati beliau sebagai senior aku sahaja.entah sejak bila aku mula rapat dengan beliau.aku tidak pasti.semakin hari kami semakin rapat.pernah juga kami keluar berdua beberapa kali dan selebihnya bersama teman-teman yang bersama-sama dalam si kumpulan.

hubungan tersebut berjalan lancar sehinggalah akhirnya kami semakin renggang..renggang dan terus renggang.dan aku tidak pasti di mana silap dan salahnya.atau mungkin kerana keadaan beliau sekarang yang sibuk berkerjaya lantas tidak punya masa lagi untuk bersama-sama seperti selalu.atau mungkin juga beliau sengaja melarikan diri dari aku.entahlah.

sebenarya kami satu haluan.berfikiran sehala.tiada istilah roundabout terhadap hubungan tersebut.maksud aku di sini ialah kami hanya kawan.istilah kawan membawa ke syurga dunia itu tiada dalam kamus harian kami.kau punya jalan kau sendiri ke syurga dan aku juga punya jalan aku sendiri ke syurga.hanya di lapisan langit tertentu sahaja kami akan berjumpa dan bergelak ketawa menangis bersama.itu pun jika kami mahu berkongsi cerita..rahsia segala lah kan.

pernah juga hubungan perkawanan itu dilanda ombak..mujur kami tidak hanyut di tengah laut atau tenggelam ke dasar sahaja.biasalah.dalam hubungan sebegitu mesti ada salah faham dan krisis pertengahan perkawanan kan.lidah mana yang tidak tergigit kalau sudah sedap mengunyah kan??ececece..tapi kami laluinya dengan penuh ketabahan dan tekad dengan harapan perkawanan kami dapat diselamatkan.

tapi siapa sangka..even di hari yang panas terik pun boleh turun hujan yang lebat apatah lagi hari yang sah-sah mendungkan??begitu jugaklah dengan perkawanan kami.now.masing-masing sudah membawa haluan sendiri ikut kepala sendiri.biarlah.

baru-baru ini aku ada ternampak beliau berkeliaran di suatu tempat.aku hanya berpura-pura tidak nampak akan beliau.aku tidak pasti jika beliau ada ternampak aku atau tidak.aku rasa sudah sampai masa aku lepaskan beliau dan memori kami bersama pergi..aku sudah tidak berasa apa-apa lagi.dan jika ternampak beliau lagi aku tidak pasti aku boleh atau tidak menjadi seperti aku yang dulu di depan beliau.

dan sekarang aku dapat tahu beliau sudah mempunyai kawanan baru.owh.tidak mengapa.kau bebas berkawan dengan sesiapa sahaja seperti yang kita selalu tekankan suatu masa dahulu.kau berhak ke atas diri engkau dan aku berhak ke atas diri aku.kita yang tentukan hala tuju hidup kita.

kepada beliau.sorilah beb.aku dah delete kau dari senarai kawanan aku.kau ada tapi kau dah tak wujud dalam diri aku.selamat sejahtera ya kawan:))

::bye-bye kawan::

ps:kawan datang dan pergi.leks lah.miahahah~


nota tambahan:beliau adalah campuran~

20100202

::anak makcik timah meraikan hari kejadian beliau::


::kasik tampal gambar kek di sini satu keping ja::


selamat ulang tahun kepada kawan-kawan saya yang terdekat.semoga kalian akan lebih tabah dan kuat menghadapi hidup ini.aku mahu kamu semua bergembira seperti selalu.sentiasa tersenyum dan ketawa seperti waktu dulu.dan semuga kalian akan sentiasa di bawah lindungan-Nya.amin

happy 25th birthday to:

aripz mohd - 4 january 1985

rumaizah borhanuddin - 13 january 1985
johan ariff salim - 18 january 1985
hasrul hashim - 26 january 1985
nor ashimah ismail - 30 january 1985
norashidah zakaria - 1 february 1985

happy 24th birthday to:

mohd farhan yahya - 6 january 1986
mohd hanis ismail - 9 january 1986



::short term memory lost count::

pabila usia makin menginjak waktunya.makin terasa akan kehilangan.ceh.bukan hilang apa.hilang kawan-kawan lah.kawan-kawan sama sekolah.kawan-kawan sama diploma.kawan-kawan sama degree.memang masa merubah segalanya.now aku kehilangan memori jangka pendek pulak.


haih.susahnya.otak semakin bekulah.nampaknya aku kena minum lebih banyak air putih.dan berhenti sementara minum minuman berkafein.see.aku dah lupa apa yang aku nak tulis sebenarnya.


ceh.nantilah sambung.bye2~


ps:cane nak pulihkan ingatan ya??

20100201

::paranormal activity::

orang tua-tua bilang jangan tidoq lepaih asaq.nanti sasau.yes.tadi aku kene lagik.penangan tidoq lepaih asaq.al kisahnya kalau kau dah kepenatan kan..haram kau ingat bila masa yang sesuai untuk landing kepala atas bantal.yang kau tahu.amek bantal.tarik selimut.kuatkan kipas.tak sampai 2 second kau dah mengeruh.simple as abc..

tadi aku mimpi horor.sangat-sangat horor.aku mimpi kawan aku bertukar jadik hantu then tak pasal-pasal je hantu tu ada misi nak membunuh aku.kejam oke hantu tersebut.ingat aku ni bola ke ape.suka suki dia je nak main bunuh-bunuh orang??

tapikan dalam mimpi tu aku bertiga ngan dua orang kawan lagi.aku kenal kan sebagai ali dan minah.aku tengah rancak bersembang dengan si ali dan minah ni bila tetiba je aku ternampak kepala terpusing-pusing dekat dengan tempat kitorang lepak tu.then aku pun buat bodoh jelah kan.buat-buat cool.hamek kau.jap lagi dia bertukar tempat ngan kawan aku si minah ni..dah lah parking baik punya depan aku.cilakak betul..

dan dan tu jugaklah nak ajak aku bertempur bersilat segala.hah.aku baca ayat kursi sambil lipat tangan dia..ceh gila bergaya aku time tu.cuba kalau in real life..mahu tak terkencing-kencing aku dok tengok muka dia..pastu aku kasik da makan silambam satu kali sambil azan..dia memang cilaka oke.dia boleh gelakkan aku eyh time tu.memang kuang hajo.

dan-dan la pulak watak sampingan si ali diketengahkan.dialah yang dok tolong aku lawan menatang setan tu.lawan punya lawan sampai lah satu tahap tu, dia janji tanak ganggu aku lagi.ceh.kunun nya pure nye janjilah kan.and aku yang bendul ni percaya lah cakap si setan ni.sambil dia terbang tinggi dia senyum sinis je kat aku then bila aku terleka je sikit dan-dan dia serang aku.aiseh.tak cukup tanah aku larik..taiiikkkk sungguh.

seb baiklah si ali ni ada.dia lah yang bertungkus lumus lawan ngan keparat tuh.then part akhir dia cam tragik sikitlah.bila semua kawan-kawan aku dok henyak si lahanat ni, dia dah bertukar jadik aku tau.yang kene henyak tu sebenarnye aku.ceh.separuh mati aku kene pukol.siap diorang pijak-pijak sampai muntah hijau aku..si setan ni dok gelak-gelak je kat tepi tengok aku kene belasah.then bila kawan-kawan aku nampak aku cam nak mati tu diorang stop kejap.time tu aku muntahkan satu bende.tak sure lah bende pe and aku g baling kat muka hantu tu.kene beb.yes.dia bertukar lah jadik diri dia.and mati.

hepi ending.pullstop.

ceh.masuk ni je dah bape kali aku dapat mimpi horor macam ni setiap kali tido time asar.tapi waktu-waktu yang terpilih jelah kan.mungkin sebab tengahari tadi aku dok pikiaq pasal bendealah tu.tu yang termimpi-mimpi tu.btw aku selamat.sihat sejahtera dan masih waras.alhamdulillah.

ps:mintak-mintaklah bende yang sama tak berulang tayang malam ni.ahha..:))

::nah aku kasik tampal gambar aku masa jadik antu dulu.enjoy::

::fuh..siap panggil fru lagik::

walau sebijak mana pon kita.walau setelus mana pon kita.kalau ternyata adanya hidden hand yang mengatur acuan hidup kita..tentu kita tidak ke mana.sebab semua bende dia yang rancang.

walau sekuat mana pun kita usaha.walau setabah mana pun kita bertahan.kalau bukan hak kita..pasti kita tak dapat memilikinya.sebab dia dah pegang dulu.

tapi takpe.sampai bila dia mahu berkuasa.kuasa dia tak ke mana.

ps:ape keputusan prk ukm??yang ditahan sudah lepas ke belum ye??