20101021

::kisah budak perempuan dan kawan-kawan comot nya::

assalamualaikum wbt dan selamat petang khamis sayang:)

bagi memulakan entri kedua pada hari khamis yang permai ini, memandangkan saya sedang bercuti sehari daripada sebarang kegiatan buruh kasar saya pada hari hari yang lain, saya terasa seperti ingin menceritakan kejadian yang berlaku malam semalam semasa saya berada di dalam bas menunggu masa untuk bergerak meninggalkan melaka sentral tercinta.

okay.part pertama:saya berjalan dari tesco ke melaka sentral menggunakan kemudahan jejantas maha panjang seorang diri.mesti seorang.saya tiada kawan mahu dibuat teman seperjalanan pulang dari kerja.okay melalut sudah.kembali ke cerita.kebetulan saya ditegur oleh seorang budak perempuan ni.dia bagi salam.okay.saya jawab salam dia.

part dua:saya sedang menunggu bas saya muncul.hampir 2jam bontot saya kematu menunggu barulah bas tersayang muncul..dan..sekali lagi saya nampak budak perempuan dan kawan-kawan comot dia.lalu lalang dua tiga kali di depan saya.ish.rimas pula saya lihat..pening kepala tengok orang mundar mandir depan tiada tujuan.

part tiga:saya sudah selamat menaiki bas berserta dengan beberapa penumpang yang lain.dan kawan-kawan lelaki comot perempuan itu pun naik sekali.dan yang paling best bila lihat gelagat si perempuan comot ini dengan kawan-kawan lelaki comot dia.perempuan itu menari shuffle dan breakdance di luar bas semata-mata mahu menarik perhatian  atau lebih tepat lagi menunjuk-nunjuk sama kawan-kawan dia.okay.dia jadi bahan tontonan orang ramai.ada yang ketawa ada yang geleng kepala.ish.sebab tarian dia kelaka.dan dia buat tidak kisah sahaja.dan ada beberapa indonesian yang tengok sambil gelak-gelak dengan tingkah laku dia.saya melihat gelagat perempuan itu dari dalam bas seolah-olah sengaja membogelkan diri sendiri untuk tatapan umum.she acted like she was cool and people will think the same thing too.

isn't she ashame with what she's doing?what the hell she thinking she's doing?sometimes, we slip over the rail where we tracked on.but there is a time to get back on track and it's never too late to do so kan??i pray for her as i pray for myself too.

melihat dia, saya seperti melihat saya yang suatu masa yang lalu.saya juga sepertinya.terkinja-kinja.huha-huha dengan kawan-kawan comot saya.bezanya saya tidak pernah melakukan aktiviti seperti itu saat saya masih bergelar pelajar sekolah menengah.dengan erti kata lain, saya hanya melakukan aktiviti dengan kawan-kawan comot saya setelah saya berumur 18 tahun.oh ya..kawan-kawan comot saya terdiri daripada mereka yang terpelajar.sebab itu saya suka menghabiskan masa dengan mereka semua:))

dan saya akui saya sosialis saat saya berjauhan dengan ibu bapa saya tetapi sosialnya saya masih liburan bersama-sama ahli keluarga yang lain.jadi saya fikir itu adalah jauh lebih baik dari liburan bersama kawan-kawan yang tidak kita kenali seeratnya.

saya juga pernah kegelinciran dari landasan hidup yang mana membuatkan saya membenci seluruh hidup saya yang lalu.saya mengambil masa agak lama untuk pulih walaupun hakikatnya saya masih belum pulih dari rasa benci itu sendiri.sakit.sangat sakit.bila mana orang lain melihat kamu tertawa bahagia padahal dalam hatinya tersimpan perasaan kecewa dan sengsara.saya cuma boleh menutup semuanya dengan berpura-pura bahagia dan gembira di hadapan semua.kerana dengan cara itu sahaja saya bisa melupakan segala derita dan tekanan perasaan yang melanda jiwa.

jikalau saya keciciran pelajaran itu adalah kerana sikap saya sendiri yang malas mnegulangkaji dan tiada kena mengena dengan ajaran kedua ibu bapa saya.namun saya bersyukur, Allah masih menyayangi saya.saya dikurniakan akal dan minda untuk berfikir sebaiknya.saya berdoa agar segala dosa-dosa saya yang lalu akan di ampunkan Allah swt.semoga saya bisa terus berada di landasan dan dibawah lindunganNya.amin.

ps:saya berasa sangat sedih dan kasihan melihat anak-anak muda berpeleseran tanpa memikirkan masa depan.ilmu pengetahuan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian bukan?berpura-pura bodoh dan bertindak bodoh adalah dua tindakan yang berbeza.berpura-pura bodoh,kita masih bisa mempelajari sesuatu tetapi bertindak bodoh,..sah-sah bodoh.betul ke tidak??

No comments: