20101021

::kalau gemokk macam ni dah besar nanti semua orang tak mahu kawan::


assalamualaikum wbt and good day all..


okay.sudah lama saya tidak menghantar sebarang entri sejak dua menjak bergelar pekerja.okay.saya tidak sibuk cuma menghadapi kekangan masa untuk berlibur seperti dahulu kerana masa saya agak terhad.satu hari suntuk di tesco agak memenatkan badan tetapi saya tetap berasa gembira kerana saya kehilangan berat badan sedikit.okay.tidak.perasaan saya sahaja.huh!

di tesco kedai saya terletak berhadapan dengan secret recipe.haha.teringat akan zaman muda mudi menyarung uniform berwarna biru muda. berseluar slack dan berkasut hitam.oh.dulu uniform macam budak sekolah.sebelum secret straightkan garis panduan pemakaian, kami di secret damansara utama agak bebas memakai apa seperti skirt dan loafers.kalau pakai skirt, memang macam budak sekolah sahaja gayanya.comel sangat:)

haha.zaman kerja di secret saya bertambah tembam sementelah di dunkin hari-hari disogokkan sama donut dan sandwich tuna atau chicken mayo.di secret pula saya asyik disajikan dengan double cheese burger, coke, chocolate sundae dan macam-macam lagi lah hasil pemberian si megat dan jimmy.ah.mereka memang senang melihat saya gemuk.cih.(budak berdua ini kerja di pakcik donalds seberang jalan ja:)

oh ya..di secret tesco ini, saya perasan ada dikalangan pekerja perempuan yang gemar memandang ke kedai kami.atau mungkin juga perasaan saya sahaja atau memang dia memandang ke arah kami.ahha.ya.sudah berapa kali dia kantoi memandang kami.ermm..sebenarnya saya juga gemar memandang ke arah sana sebab saya akan terimbau kenangan lama di secret dan lantas tersenyum-senyum sendirian.mungkin disebabkan inilah dia memandang ke arah kami.haha.minta maaflah cik adik..saya tiada berniat apa-apa terhadap kamu.:)

dan perempuan itu dan rakannya mengingatkan saya kepada kenalan saya.dan ramai lagi pengunjung tesco yang menyerupai kenalan saya..sehingga terkadang saya terbabas mengenang mereka yang telah jauh meninggalkan saya.haha.semoga mereka aman dan baik-baik sahaja hendaknya.amin.

p/s:ermm..di saat ini saya masih menunggu sesuatu yang penting untuk diselesaikan.sementara kesabaran saya masih bersisa, saya harap segalanya akan mudah dan cepat selesai.semoga Allah swt sentiasa mempermudahkan segala urursan saya dan kita semua hendak-Nya.amin.


No comments: