20100821

::obses dengan emosi::

hurm..susah mahu membahagiakan orang.apatah lagi kalau kebahagiaan itu dituntut dalam bentuk yang sukar untuk dinyatakan secara lisan.eyh,bukan.secara terang-terangan.sangat sukar untuk memenuhi permintaan manusia sekeliling sedangkan pengeluarannya agak terhad.

menjadi manusia yang beremosi atau tidak menurut umumnya, yang mana lebih baik??lebih bagus untuk hidup??jika menjadi manusia yang beremosi itu aku kira bisa mengoyahkan kebahagiaan yang dimiliku apakah dengan menjadi manusia yang tidak beremosi itu mampu membahagiakan manusia atau sebaliknya??sirius aku kusut memikirkan soalnya.

jika menjadi manusia yang tidak mempunyai perasaan itu dikatakan tidak mengambil berat akan soal pasangan, tidak sayang, tidak segala-galanya, apakah dengan menunjukkan perasaan kita dikira sebagai ambil berat, sayang atau apa sahaja.begitu??

ya, otak aku bisa mendapat kanser jika terus memikirkan soal ini.soal kamu.soal sesiapa sahaja yang berkaitan dengan diri aku.apakah aku juga sebahagian dari jelmaan manusia yang tidak mempunyai perasaan tetapi obses yang melampau terhadap diri sendiri?seringkali manusia lain mengatakan aku begitu.mungkin kerana sikap aku sendiri yang tidak mahu ambil pusing akan keadaan sekeliling yang tiada kaitan dengan soal aku.

atau apakah aku harus menunjukkan sebarang emosi yang aku alami pada ketika itu seperti marah,sedih,gembira,ketawa,dendam,cemburu??ya, mungkin itu yang lebih baik bagi mereka.mungkin..

atau aku harus seperti mereka yang punya bmd.baru mereka berpuas hati barangkali..


ps:kaget

No comments: