20100816

::lawak murahan super mengjengkelkan siri berfikir ikot bontot::

saya ada seorang kawan.lelaki.tidak hensem.biasa-biasa sahaja.tetapi mulut dia sekarang, super laser.memang tiada had kelajuan kalau menganjeng orang.dulu,dia tidak begini.laser jugak tapi dengan kadar kelajuan yang minimum atau sederhana sahaja.saya tidak tahu apa yang beliau cuba buktikan kepada saya mahupun umum.mahu orang puji dia kah??mahu orang keji diakah??saya juga tidak tahu tujuan asalnya berbicara sebegitu rupa.sumpah saya sakit hati dengan tingkah laku beliau.sangat mengjengkelkan.

kelmarin, dalam fesbuk ada juga saya updatekan status saya khusus untuk dia.status berkaitan lawak murahan dia yang agak meluat untuk dibaca.sumpah dia menyentuh sensitiviti saya sebagai seorang manusia dan juga perempuan amnya.saya bukanlah mahu mengeji dia atas tingkah lakunya yang kurang ajar dan tidak bersopan santun apatah lagi bertatasusila.saya tidak kisah langsung akan dia.ikut suka hati dia mahu buat apa.saya tidak akan peduli jauh mahu bersebok-sebok dalam urusan seharian dia.cuma dia sudah melampaui batas-batas norma dalam pergaulan.gurauan kasar begitu boleh menjatuhkan maruah saya sebagai manusia.apatah lagi dalam fesbuk juga terdapat ahli keluarga saya yang lain.tidakkah dia tahu menghormati perasaan orang lain?


tegur dia?ermm..biar saya fikir.kalau dia manusia berakal,pasti dia tahu membezakan baik dan buruk serta akibat yang bakal dia perolehi sekiranya dia berkelakuan buruk sebegitu bukan?tetapi dari pemerhatian saya, dia bukan seorang yang berfikir menggunakan akal tetapi menggunakan bontot.oleh sebab itulah, setiap kali dia berak dia akan flush sekali otak dia.buat masa sekarang dan akan datang, saya tidak mahu ada sebarang hubungan dengan dia.dari berkawan dengan orang sepertinya, baik jadi kera sumbang.tidak rugi satu sen pun jika saya memutuskan hubungan saya dengan dia bukan?ye.itulah yang sebaiknya.dan saya berdoa agar dia diberikan pengajaran setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.semoga dia mendapat pengajaran.tidak semua benda boleh dibawa bergurau.

ps:orang pandai selalu berlagak bodoh tapi orang bodoh selalu berlagak pandai malahan jadik lebih bodoh dari sebelumnya.kasihan:l


2 comments:

widda_me said...

sapa2?????jom ngumpat

Hailey Francis Thomas Goitom said...

ohhhh....sentap uols...huhuh~