20100725

::cerita minggu ini::

hey ho..agak bersawang sudah ini blog.herm..bukan tiada cerita mahu di tulis cuma tiada masa mahu mereka bait bait tulisan menjadi cerita menarik untuk tatapan umum.ye.seperti yang sedia maklum tarikh ini, dua puluh lima tahun yang lalu, lahirnya seorang anak perempuan menggantikan arwah moyangnya yang telah pergi menemui penciptanya sebelum itu. anak perempuan yang sekarang membesar dan masih tidak bekerja.eyh.eyh.bukan tidak bekerja cuma rezeki masih tidak berpihak kepadanya.ye.hari ini adalah ulang tahun kejadian saya.selamat ulang tahun kejadian noraini mahmud marzuki.tahniah untuk anda.selamat hidup untuk yang ke dua puluh lima.:)

semalam bagi meraikan hari kejadian,nooi telah membawa saya ke sesi karaoke bersama kakak sempena ualng tahun kelahiran.selepas melalak selama satu jam dan sesi tersangkut dalam "jam" lebih lama dari sesi berkaraoke tersebut.kami berpusing-pusing pula di dalam bandar mencari makanan.hajat mahu makan beger tepi jalan sahaja sebelum pulang ke rumah tetapi beger tepi jalan seakan menyorokkan kedai mereka.oke.sangat malang.tiada satu kedai pun yang kami berjaya jumpa.akhir nya ke kedai pakcik donald jugak.owh.owh.sebelum itu ada satu kemalangan di depan kedai uncle donald.kasihan sama itu pemuda.habis motor nya renyuk..eyh.remuk.

owh..di minggu ini juga kami telah menonton tiga cerita baru iaitu mantra, inception dan haruslah the sorcerer's apprentice.cerita semua nya bagus bagus.memang berbaloi lah untuk setiap sen yang dikeluarkan oleh nooi.ahaha.haruslah dia yang keluarkan duet.saya kan tidak bekerja lagi..hurm..di sini saya mahu mereviewkan serba sedikit cerita yang telah ditonton.

-----------------------------------------
*mantra*
jalan cerita agak oke lah dari kebanyakkan cerita melayu bergenre seram seram sejuk.cerita ini tiadalah berunsurkan seram melampau.cerita mengenai kawan makan kawan.dendam.bagus untuk peringatan semua.jangan terlalu percayakan kawan.dan lagi jangan terlalu taksub dengan kasih sayang antara manusia kerana semua nya bisa hilang sekelip mata.owh dan lagi..matlamat tidak menghalalkan cara ya kawan kawan:)

*inception*
seperti kebanyakkan cerita lakonan leonardo, minda kita akan diperah untuk berfikir tentang cerita yang ingin disampaikan.cerita ini berkisar tentang sepasang suami isteri yang begitu obses dengan minda separa sedar sehingga lah suatu tragedi terjadi ke atas pasangan tersebut.ahha.lebih kurang begitulah yang saya dapat rumuskan.

*the sorcerer's apprentice*
ahaha..cerita ini agak seronok untuk ditonton.tidak terlalu berat plotnya.kisah bagaimana perantis kepada seorang ahli sihir mencari kekuatan dalaman untuk melawan ahli sihir jahat dari bla..bla..bla..alah..anda pun tahukan cerita ini bagaimana.hehee.

-------------------------------

ini kisah saya minggu ini.minggu depan bakal sibuk dengan urusan perkahwinan kakak kesayangan dan urusan majlis graduasi.jadi sehingga berjumpa lagi di cerita akan datang.selamat babaii.

ps:gua sudah matang ye,bukan tua:)

ps lagik: gambar akan upload kemudian.sibuk mahu keluar berliburan menghabiskan sisa sisa hidup dengan kakak sebelum beliau bergelar isteri orang:)

2 comments:

hentakbelipat said...

try tgk street dance pun style jgk

ayeen:) said...

owhh ye??oke.dah letak dalam list next movie.ehehe:)