20100629

::surat untuk awak::

eyh awak..
kat mana-mana pun kita nampak awak..
kita jalan sini nampak awak..
kita jalan sana pun nampak awak..
sebenarnya kita rindu kat awak..
tadi kita datang lawat awak..
kita terharu bila tengok awak..
kita rindu mahu pijak awak lagi..
macam selalu-selalu yang kita buat kat awak..
tapi kan itu dulu..

eyh awak..
dulu masa kita masih tinggal dengan awak..
hari-hari kita merungut
sebab awak tinggi sangat..
kita penat mahu panjat awak hari-hari
badan kita mesti panas melekit melengas dengan peluh
nafas kita pun mesti semput separuh jalan
tapi kita tetap sayang dekat awak..

eyh awak..
kita banyak dengar cerita seram pasal awak..
kawan kita kata awak tempat laluan si dia
kita takut jugak sebab kita kan selalu balik lambat
bila balik awak mestii sudah dikunci..
kita pun pernah kena usik dengan si dia
masa tu kan hanya ada kita dengan awak saja..
takut kita mahu tinggal dengan awak 

eyh awak..
setahun saya tinggal dengan awak..
banyak tanda kita tinggal dekat awak..
maaflah kalau dulu kita selalu sakitkan awak..
kita pukul awak kalau kita marah..
walaupun hakikatnya kita yang sakit bukannya awak

eyh awak..
kita rindu mahu tinggal dengan awak lagi
rindu mahu baring-baring atas badan awak lagi
guling-guling macam tenggiling atas dada awak lagi
sumpah kita rindu dengan awak..
macam-macam cerita kita dengan awak.
kita mahu simpan kemas-kemas cerita kita dengan awak..
*senyum-senyum*

eyh awak..
kita harap orang yang selepas kita boleh jaga awak dengan baik.
kita harap dia boleh gembirakan awak..
macam yang kita selalu buat dekat awak..

eyh awak..
kita rasa sampai sini saja surat untuk awak.
kita seronok dapat kenal awak.
tinggal dengan awak..
melakar cerita indah dengan awak..
terima kasih awak..
bye-bye awak..

ps: bercita-cita tinggi adalah bagus bukan??





.

4 comments:

farehul said...

itulah kenangan kt amin..

ayeen:) said...

yeah..ahahha..amin best.rindu gilak kat amin:))

farehul said...

hehehe..xpe..nnt dtg jumpe amin yer..

ayeen:) said...

yosh..mesti jumpa dan bercumbu mesra dengan amin nnt..ahaha