20100608

::cuti sekolah adalah musim orang mengawan:))::




hurm..baru sahaja pulang dari ipoh menghadiri kenduri kendarat kawan-kawan sekolah yang telah pun selamat mengakhiri zaman bujang mereka.ini adalah kenduri yang pertama yang berjaya dihadiri oleh aku selama beberapa tahun kebelakangan ini.tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada mereka dalam melayari bahtera hidup berumah tangga.diharapkan kapal mereka akan sentiasa belayar sehingga ke pelabuhan terakhir sebagai manusia.

kembali menjalinkan momen-momen indah dan lucu semasa bersama-sama melayari zaman sekolah.dan masih jenuh memikirkan adakah umur kami sekarang adalah diangka dua dan lima.seperti tidak jikalau melihat kepada tingkahlaku dan gelagat masing-masing.adalah sangat tidak bergaya dewasa mahupun matang perwatakan kami.masing-masing seperti berada di zaman sekolah sahaja lagaknya.ahhaa..kami adalah sangat kelakar dan berjiwa muda barangkali..ceh.perasan lebih.

bertemu teman-teman sesekolah adalah momen paling indah dan bermakna.apatah lagi bagi seorang aku yang sangat-sangat jarang berjumpa mereka.bukan sibuk cuma terdapat kekangan-kekangan yang menghalang akan aktiviti berjumpa mereka.kekangan yang cemburu barangkali akan daku.heh..mengharapkan agar pertemuan tersebut masih boleh dilakukan pada masa-masa akan datang.juga mengharapkan agar hubungan tersebut akan terus berkekalan biarpun masing-masing sudah mempunyai komitmen terhadap kerja dan keluarga masing-masing.rindu dan sayang akan kalian semua:))

owh..lagi berita baik.keputusan peperiksaan akhir semester telah pun diketahui.biarpun agak lewat dan sedikit mengecewakan, tetapi daku tetap bersyukur akan keputusan yang diterima.itu adalah hasil usaha keras sedikit dari semester-semester lepas.alhamdulillah.walau bagaimanapun daku tetap malu kepada kawan-lawan dan emak terutamanya.adeh..sumpah malu gilak..Y_Y

ermmm..tetapi tidak mengapalah.sudah berakhir semuanya.dengan ini tamat sudahlah sesi pengajian ijazah sarjana muda daku.tidaklah hebat tetapi masih boleh dibanggakan..yeke??alamak aiii..sedih guwe!

sebelum lupa.nah tampal gambar-gambar perkahwinan kawan-kawan di ipoh:))



ps:daku berinai seakan-akan esoknya adalah majlis aku pulak:))

No comments: