20100310

::aku juga punya sisi gelap dowh:))::

saya percaya pada fitrah manusia yang pada dasarnya memang mempunyai sisi gelap dalan hidup masing-masing.cuma pada perkiraan saya yang membezakan setiap individu tersebut adalah bagaimana caranya kita mengemudi hidup kita di atas pentas yang dipanggil duniawi ini..

siapa jua mekanisma yang hidup didalam rantaian ini pastinya tidak mahu menghuraikan segala jenis mahupun bentuk setiap pengalaman dan isi-isi yang telah bergaul mesra menjadi darah daging yang membalut tubuh dan hati nurani masing-masing..ya.setiap manusia mempunyai ego.maruah.harga diri masing-masing yang tidak boleh tidak untuk ditoleransi sama sekali dengan mekanisma lainnya..

hipokrit adalah satu perkataan yang tepat dalam menjelaskan situasi ini.jangan hanya pandai menuding jari dan berkata"owh..saya benci si polan bin si polan yang hidupnya hanya tahu bermuka-muka dan hipokrit sepanjang masa semacam tiada lain kerja dalam rutin hariannya.""owh..saya benci hipokrit.hipokrit pergilah kamu mati sahaja.jangan hidup didunia saya." okeylah.saya faham apa yang ingin anda semua sampaikan.kita semua benci si hipokrit tetapi dalam masa yang sama juga kita melakukannya.adakah kita lupa yang cermin diri kita adalah orang yang wujud dipersekitaran kita??

dan apakah masih relevan istilah tipu sunat yang hanya bertujuan untuk mengelakkan kita daripada melukai hati orang lain sedangkan hakikatnya kebenaran yang terbongkar hasil dari penipuan adalah lebih parah dan perit untuk diterima??ya..hakikat adalah hakikat.matlamat tidak boleh menghalalkan cara bukan?

setiap manusia adalah pemain yang bangsat perilakunya.yang hanya memikirkan soal dirinya tanpa memandang ke setiap arah untuk bersama-sama bersaing.saling bantu-membantu meningkatkan martabat dan taraf insan itu sendiri di mata masyarakat.malahan masyarakat itu sendirlah yang mewujudkan budaya yang lantas mencetuskan ideologi dalam membeza-bezakan taraf manusia itu..

owh iya..saya mengambil isu ini sebagai umum(U)..tidak ada kena mengena dengan yang telah mati tetapi berkaitan dengan yang masih hidup.ini hanyalah sebagai satu pandangan daripada mata kasar seorang perempuan yang gila.tiada istilah "wa marah sama lu lantas wa tulis..wa maki-maki lu dalam blog macam yang pernah wa buat suatu ketika dahulu sebab wa rasa tercabar dengan statement berani mati lu yang macam hamjadah itu" ya.serius.ini cuma bingkisan minda pada sesetengah situasi yang muncul dalam hidup dalam kitaran atau lingkungan kehidupan aku sebagai manusia biasa..


ps:ya.saya juga begitu.jadi marilah bersama-sama memperbaiki diri untuk membentuk organisma yang lebih baik dari yang sebelumnya:))

2 comments:

widda_me said...

hahahaha...
hipkorit tu penting ok

ayeen:) said...

ahaha.yeah..