20100222

::newly wed..famely day and those happy hours we spend together on chinene new year::

seminggu telah berlalu.rasanya macam baru semalam pulang ke rumah angah dan bermesra mesra sambil menganjeng adik beradik yang lain dan juga membuli dan dibuli oleh si licik bernama aymaan melewar.rasanya seperti baru saja semalam mengecup tangan dan pipi emak kesayangan sambil meminta ikhsan mengatakan wang belanja sudah habis.seminggu yang masa dan ketikanya terisi.padat dan ketat.dari aktiviti menghadiri kenduri kawen sepupu di kuala sedeli, kota tinggi sampailah ke berliburan bersama keluarga tersayang di melaka serta menghabiskan masa menonton drama di peti televisyen.sudah sekian lama tidak menghabiskan masa bersama-sama seperti itu.paling tidak pun raya mesti kurang seorang atau dua..terasa seperti kami masih di zaman anak-anak kecil.cuma bezanya tidak dikelek ke hulu ke hilir seperti di waktu itu saja..dan major bezanya ialah abah tiada bersama-sama kami.tapi beliau tetap berada di hati untuk selama-lamanya..

_____________cerita sepanjang percutian_______________

::kota tinggi, johor::

tidak lama di sini.cuma dua hari untuk urusan akad nikah dan majlis sebelah perempuan.resort adalah superb.view best mampos.makanan kenduri juga sedap hingga terasa nak jilat jari orang sebelah.tapi sayang orang kampung tiada yang hot-hot serta tidak berapa menarik untuk ditonton.ehe..




::melaka::

dua hari tiga malam di sini.dari kota tinggi terus ke melaka.malam pertama adalah agak malang kerana kereta kontot punya bateri adalah weak.peristiwa berlaku di sekitar kawasan meletak kereta milik hospital melaka hingga terpaksa membutuhkan bantuan daripada kakitangan wad kecemasan.heh.lagi malang bila dah setel semua dan bergerak ke medan ikan bakar di muara sg duyong..makanan adalah sold out.habes..peh.perut adalah sangat lapar.tiada kompromi.then pergi ke suatu gerai untuk mengisi perut..dan by the time makanan sampai.letak.dan terus licin.lima saat je amek masa untuk setelkan semua makanan yang dihidang.sangat kebulur.ahahahahha..






::cheras::

di sini adalah rumah sepupu aka side lelaki.kenduri adalah hari sabtu bersamaan dengan 20hb februari 2010.setengah hari yang cukup padat.tengahari membahang sepanjang majlis.alhamdulillah.tiada sebarang kesulitan berlaku sepanjang majlis berlangsung cuma ya pengantin nya lambat sangat turun sampaikan tetamu sudah ramai yang pulang..haih..by the way..tahniah lah untuk kazen aka boboy dan liana yang telah pon selamat bergelar suami isteri.semoga berbahagia dan terus berbahagia sampai ke akhir hayat kalian.



___________________the end__________________

kenduri kali ini dapat jumpa ramai sanak saudara yang dekat dan jauh.yang kenal dan tidak kenal langsung.semua ada.atok dan nenek from temerloh pon ada.cayalah.cuma aku lihat atok banyak diam dan menyendiri saja.dan. aku sangat-sangat tidak boleh melihat atok.aku jadik sayu dan sebak sebab mesti teringat kat abah..serius aku nanges sekejap.ini bukan drama yang boleh dibuat-buat.serius aku rindu sama beliau.

melihat keluarga berkumpul.bermesra.bertepuk tampar.adalah sesuatu yang amat jarang aku lihat dari dulu sampailah sekarang..dan aku terus berharap agar ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila even masa tu ibu bapa kita tiada lagi..

ps:kalaulah beliau masih ada di sini..mesti beliau gembira..keluarga beliau telah bersatu..tapi sayang................


6 comments:

ZooL.Ahmad said...

chinene new year? :p

zulhilmi tempoyak said...

mmg becuti gla..
haha

ayeen:) said...

zul:ahahha..nampak saja typo ak eyh??

zbb:nama pon cuti kan.mestila betol2 cuti..:))

Hailey Tereso Francis said...

jgn sedih2...kuatkan azam, ingat dia dalam setiap doa..pastinya hati akan tenang...:D

ayeen:) said...

hahaha..thanks hailey atas ingatannya..:))

ZooL.Ahmad said...

ada perayaan baru mungkin??