20100209

::jangan pernah kau terfikir mahu tinggalkan aku wahai sayang::



saat aku sedang sesak.kalut.kau buat hal.semakin sesak nafas aku tahu?kau tahu bukan kau adalah kesayangan aku.dan yang paling utama dalam hidup.tanpa kau, aku seperti tidak bererti.biarpun aku masih mempunyai banyak pilihan tetapi kau masih jua kau yang ku puja tiap masa.kerna aku punya sifat malas yang maha tinggi dan tebal dan telah menjadi sebahagian dari hidup ku ini.

maka, marilah kau berkerjasama sepenuhnya dengan diri ini wahai kamu.semakin kau berkeras kepala semakin nipis tahap keimanan dan kesabaranku.sebelum terjadinya apa-apa di antara kita, maka tolonglah..aku ulangi tolonglah kurangkan sifat mengada-ngada dan keanak-anakan kau itu sayangku.

aku tidak punya waktu yang banyak untuk memanjakan kamu kah??maka atas alasan itu kamu sudah mahu menunjukkan belangmu?aiyoo sayang..bukan aku sentiasa bermain bersama-sama kamu??apakah kamu meragukan akan kasih sayang yang aku curahkan kepada kamu??

sebentar tadi kamu masih membuat hal walhal aku ingin cepat.kamu ini bisa membuatkan jantung aku sakit dan mati.tahu?haih.atau kamu sudah tidak bisa untuk bersama-sama dengan ku lagi??adakah ini sebagai salah satu medium untuk kamu menyatakan bahawa kamu sedang sakit dan akan pergi tidak lama lagi??

jika kamu mahu pergi sekalipun, tunggulah sehingga aku bekerja dan mampu mencari gantimu kekasihku.tidak ku izinkan kau oergi sekarang kerana aku masih membutuhkan kamu disisi ku.oh.laptop.janganlah buat hal lagi..plis..plis..plis..kamu jangan nakal..:))

::lemanorangee::


ps:sayang sama laptop hadiah dari ibu:))

9 comments:

N said...

HAHA! bikin kene pijak kaki je baca.haih aku ingat kan boprend mana la kan,ingat kan ko curang ngan aku.Sekali laptop.Mekacih aku tertipu.Hakhak!

ayeen:) said...

ahha..sorilah beb.i tak maksud nak curang dgn u.ahah~

fara said...

kekekeke.
Igtkan kekasih td.
tipah tertipu!

:D

Aidi-Safuan said...

huhu...beli jerla baru. da nazak da tuh. biarlah laptop anda bersemadi dengan aman. :)

ayeen:) said...

ms.independent:ehehe.saje je mahu kasik dramatik sikit.ngehngehngeh:)

aidi-safuan:woo ta bole woo..syg sangat sama ini lptp..

widda_me said...

tak boleh blah entry

hatta said...

aduih...

ingat putus cinta apa tadi.. tp nice blog...

zulhilmi tempoyak said...

ceh...
nk pkai je laptop season aku neh..
haha

ayeen:) said...

wida:ahahhaa..

hatta:tengs..kalau putus cinta tak gamak nak post kot kat sini..:))

zbb:ahha.bak mai la lptp hang tu bagi kat aku